,
Berita

"Terbaiklah Brother!" - Netizen Puji Suami Anzalna Nasir Buat CSR Bantu Peniaga Kedai Makan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

ZULHILMI JALIL
19/03/2020
05:07 MYT
Seperti yang semua sedia maklum, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, semua pengusaha kedai makan hanya dibenarkan berniaga dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran atau bungkus sahaja.
Bagi pengusaha restoran makanan segera, mungkin tidak menjadi masalah kerana umum sudah maklum dengan perkhidmatan penghantaran yang disediakan, namun, bagi peniaga kedai makan biasa situasi itu mungkin membimbangkan mereka
Namun, tindakan suami kepada pelakon Anzalna Nasir, Hanif Zaki wajar dipuji apabila membantu golongan peniaga kedai makan dengan mempromosikan perniagaan mereka secara percuma di media sosialnya.
Menurut Hanif, ia merupakan sebahagian inisiatif yang dilakukannya sendiri sebagai salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan peniaga kedai makan.
"Kedai makan yang ada buat penghantaran (makanan). Siapa nak suruh saya tolong promosikan secara percuma, sila DM (mesej secara peribadi) kepada saya.
"Inisiatif tanggungjawab sosial korporat saya sendiri!m" tulisnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.

Go!

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki) on

Perkongsian Hanif itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya yang memuji tindakan Hanif selaku pemilik akaun yang mempunyai pengaruhnya tersendiri di laman sosial.
"Ikhlas niat Hanif, kenapa tidak?, Ini akan membantu mereka yang memerlukan.
"Semoga terus dikurniakan rezeki kekayaan yang melimpah ruah lagi barakah.
"Terbaiklah brother!
"Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa dan budi baik boss," tulis sebahagian pengikutnya.
Sejak semalam, Haniff menjadikan platform Instagram Story mempromosikan kedai-kedai makan yang memerlukan bantuannya untuk diwar-warkan kepada lebih 260,000 pengikutnya di Instagram.
Sebelum ini, Anzalna juga pernah mendapat perhatian apabila secara sukarela membantu pasangan kurang berkemampuan yang menerima kehadiran cahaya mata.
BACA: "Saya Berhasrat Untuk..." - Anzalna Nasir Nak Tolong Pasangan Susah Ada Bayi
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidress yang kini menginjak usia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anzalna Kecewa Beli Buah, Dapat Raspberry Busuk & Berkulat! Mujur Anak-Anak Tak Sempat Makan - “Seriously? Eiw! Kenapa Perlu Jual”

gempak
12/08/2024
01:55 MYT
Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa kecewa apabila buah Raspberry yang dibelinya busuk sebelum sempat dimakan oleh anak-anak.
Hiburan

Anzalna Nasir Terbuka Kongsi Kehidupan Peribadi Di Laman Sosial - “Itu Cuma 10 Peratus ..."

gempak
08/08/2024
02:55 MYT
Perkongsian pelakon Anzalna Nasir di laman sosial terutama mengenai kehidupan peribadinya sentiasa mendapat perhatian netizen.
Hiburan

Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!

gempak
05/05/2024
10:31 MYT
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Laman Utama

[VIDEO] Dalam Pada Puji Nyanyian Afifah Nasir, Anzalna Tetap Selit Gurauan - “Suara Sedap Boleh Diasah Dengan Pisau!”

gempak
06/06/2023
12:50 MYT
Sedap juga suara Afifah..
Laman Utama

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni

gempak
01/06/2023
06:35 MYT
Dapat notis 24 jam.