,
Laman Utama

Tenunan Songket Putih Tarik Perhatian, Bernard Chandran Ambil Masa 9 Bulan Cipta Baju Perkahwinan Diraja Anakanda Sultan Brunei

Azwa Rahman
26/01/2022
13:35 MYT
Pereka fesyen tersohor negara Datuk Seri Bernard Chandran mengambil masa sembilan bulan untuk menyiapkan busana perkahwinan bagi anakanda Sultan Brunei, mempelai diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bersama pasangannya Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Memetik laporan sebuah portal tempatan Brunei, idea untuk mereka pakaian tersebut mengambil masa selama enam bulan, manakala baju tersebut mengambil masa selama dua hingga tiga bulan untuk disiapkan.
“You get the best design because she believed in me with the process. I know exactly what she wants,'' ujarnya.
Menerusi laman sosial Instagram, Bernard berkongsi beberapa momen sewaktu majlis persandingan diraja yang turut dihadiri olehnya di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei, minggu lalu.
Dalam majlis persandingan diraja tersebut, rekaan baju kurung yang menggunakan tenunan Brunei dalam potongan klasik berona putih itu kelihatan ringkas namun diserikan dengan sulaman dan taburan batuan berkilau yang meliputi keseluruhan busana.
Penampilan Puteri Fadzilah dilengkapkan lagi dengan layah berenda rekaan kontemporari yang masih memberi nuansa kemewahan.
Menaikkan lagi serinya, penampilan Puteri raja berusia 37 tahun itu disempurnakab dengan sentuhan solekan Wangsivarn dan juga dandanan oleh Sheereen Makeup Studio.
Semenatara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap hasil sentuhan busana perkahwinan itu yang disifatkan paling cantik dan elegan dalam sejarah perkahwinan diraja Brunei.
“The wedding dress is the most beautiful and elegant of any Bruneian royal weddings so far,” komen seorang wargamaya.
“The wedding dress is gorgeous,” puji seorang wargamaya.
“So much love for the beautiful dress. And the royal newlyweds as well, amazingly gorgeous,” kata seorang wargamaya.
“Patutlah, dah boleh agak masterpiece Dato,” tulis seorang wargamaya.
“No wonder la baju pengantin lawa sangat,” komen seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Puteri Fadzilah telah selamat diijabkabulkan dengan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di Bandar Seri Begawan, Brunei dalam sambutan majlis 10 hari yang penuh gemilang.
Kredit foto: Instagram Bernard Chandran dan Newtorn_bw
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”

gempak
23/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Unitar