,
Viral

Tentera Laut AS Nyanyi Lagu Assalamualaikum Ustazah Jadi Viral

Syafiqah Jalal
19/04/2017
03:57 MYT
Sepotong video yang menampilkan band tentera laut Amerika Syarikat menyanyikan lagu Assalamualaikum Ustazah di konti radio Cats FM Sarawak menjadi viral di Facebook.
Sejak dimuatnaik minggu lepas, lagu nyanyian asal kumpulan Khalifah Band itu telah ditonton oleh lebih 140,000 dan mendapat lebih 4,000 perkongsian.
Video itu memaparkan korus lagu Assalamualaikum Ustazah yang dinyanyikan oleh band yang menggelarkan diri sebagai band Pipeline dari US Pacific Fleet.
Rata-rata netizen memuji kehandalan dan kepetahan band itu melantunkan lagu berbahasa Melayu dengan begitu berkesan.
Malah, nyanyian mereka mendapat reaksi positif daripada kumpulan Khalifah.
Band rock itu dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson.
Band itu hadir ke Malaysia sempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan hari ini.
Dalam acara itu, Pipeline Band akan mengadakan konsert khas melibatkan kerjasama Perpustakaan Negeri Sarawak (Pustaka), Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kementerian Pertahanan bermula pada pukul 6 petang nanti.
40 lagu akan dipersembahkan antaranya medley Bruno Mars, Sunday Morning, Brown Eyed Girl, Love Yourself, Rude, Chicken Fried, Assalamualaikum, Letusan dan Island In The Sun.
Olahan oleh Amri Hassan Sumber Cats FM Sarawak, The Borneo Post, US Pacific Fleet Band
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.