,
Hiburan

"Tengok Video Kat YouTube Sebelum Kutuk" - Cleopatra Bengang Video Masak Dikecam, Cabar 20 Orang Rasa Masakannya

Badrul Hashim
11/12/2019
17:46 MYT
Dua hari lalu viral di Twitter apabila satu video pendek wanita yang bergelar Cleopatra menunjukkan cara memasak di Twitter dengan caption "Saya berniat untuk memasak bagi anak-anak tahfiz. Tahfiz mana yang dicadangkan untuk saya".
Baca: Aik Masuk Udang Dulu Baru Tumis Cili? Masakan Cleopatra Dikecam Netizen!
Namun Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwan Shaharuddin mempertahankan videonya itu dengan memberitahu Twitter hanya membenarkan dua minit video sahaja yang boleh dikongsi.
"M (I'm) amazed by the amount of Masterchefs on Twitter. Sila tengok video penuh di saluran YouTube saya sebelum anda mengutuk. Twitter hanya benarkan dua minit video sahaja untuk di post.
"Kepada yang mengutuk cara saya memasak, saya nak panggil 20 orang untuk saya masakkan dan anda sendiri adili sakit perut atau tidak," tulisnya di akaun Instagram.
Sebelum itu, dalam entri Cleopatra di Instagramnya, dia menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan orang yang melabelkan dirinya sebagai 'pondan'.
Sambil berkongsi gambar dia sedang hamil, Cleopatra memberitahu dia tidak pernah digelar sedemikian seumur hidupnya hanya kerana dia dikatakan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan menteri (Belia dan Sukan).
“Selama hidup saya, teknik solekan saya tetap sama dan saya tidak pernah dipanggil pondan. Tetapi sejak hari difitnah transgender beberapa bulan lepas hanya kerana niat jahat untuk jatuhkan menteri, saya dilabelkan pondan sampai ke hari ini.
“Saya tidak akan maafkan sesiapa dan saya tidak akan lupakannya. Kita jumpa di padang masyar,” tulis Cleopatra lagi.

M mentally down. This is me when I was pregnant to my Princess @astreanova , makeup by MUA. Political Coordinated Attack - Saya difitnah LGBT dan sampai dilabelkan “Pondan”. Selama hidup saya, my makeup technique remains the same, and I am never been called as “Pondan” all my life, light of heavy makeup by MUA for work purposes or even when I attended events before this. Tetapi sejak hari difitnah transgender beberapa bulan lepas hanya kerana niat jahat untuk jatuhkan Menteri, saya dilabelkan “Pondan” sampai ke hari ini dan every time netizen lihat saya, pemikiran netizen will automatically see me as “Pondan”. I will never forgive anyone of you and I will never forget this. Kita jumpa di padang masyar.

A post shared by Cleopatra (@cleopatra_x3) on

Gambar beliau bersama Syed Saddiq tular melalui media dan mencetus tanda tanya selepas wanita berkebaya hadir mesyuarat di Kementerian Belia dan Sukan. > Baca: "Dia Wanita Sejati & Ada Dua..." - Syed Saddiq Perjelas Isu Transgender Cleopatra
Netizen pada mulanya menganggap Cleopatra sebagai pembantu peribadi Syed Saddiq, dan tidak kurang juga melabel wanita tersebut sebagai pondan atau transgender.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.