gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Lemas Berulang, UniSZA Keluar Notis Larangan Aktiviti Di Air
KELUANG MAN
Penangan Nostalgia Keluang Man, Lebih 7,000 Orang Enjoi Di Acara Fun Run Superhero Original Pertama Malaysia
HIBURAN
“Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Tengok Satu Family Sampai 2 Pagi!” - Kampung Latah…The Mummy Jadi Hiburan Seisi Keluarga

gempak
Azwa Rahman
13/09/2022
07:08 MYT
Sponsor Banner
“Tengok Satu Family Sampai 2 Pagi!” - Kampung Latah…The Mummy Jadi Hiburan Seisi Keluarga
Filem komedi Kampung Latah Kena Kuarantin kembali dengan sekuel terbaharu, Kampung Latah...The Mummy telah menemui penonton di saluran Astro First (480) bermula 25 Ogos.
Pada tahun lalu, filem pertama Kampung Latah telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First.
Mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan, filem Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram.
Menerusi tinjauan Gempak di laman Facebook, rata-rata wargamaya menjadi filem ini sebagai hiburan buat seisi keluarga.
“Kami dah beli yang set tu. Tengok satu family sampai 2 pagi, sakit perut asyik ketawa tapi tu lah mulut tetap kunyah-kunyah makanan. Yang The Mummy ni banyak sikit lawak nya, harap next movie lagi power,” tulisnya.
Sekuel kali iniselain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, Ilham Abata dan ramai lagi.
Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI.
Filem Kampung Latah...The Mummy mengisahkan suasana Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya.
Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk.
Saksikan filem komedi seram Kampung Latah...The Mummy dengan melanggan melanggan Astro First di saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Bagi yang ingin menonton filem pertama Kampung Latah Kena Kuarantin, anda juga boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu ‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ dan ‘Kampung Latah...The Mummy’ dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos.
Topic Berkaitan
#Kampung Latah...The Mummy
#Filem kelakar
#Kampung Latah
Must-Watch Video