Laman Utama
“Tengok Bloopers Je Pun Dah Best Giler!” – Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok ‘My Future Husband’!
Setelah sekian lama tidak muncul dalam mana-mana telefilem, Mira Filzah bakal muncul dalam ‘My Future Husband’ bersama Sean Lee, Amy Mastura dan Rozita Che Wan, malam ini.
Menariknya, Mira dan Sean digandingkan kembali selepas drama bersiri popular ‘Sweet Dreams’ yang keitka itu masing-masing memegang watak sebagai ‘Putri & Carl’.
Tetapi menerusi ‘Future Husband’ pasangan cute ini bakal memegang watak sebgai Emily dan Atta dan sesuatu yang aneh telah berlaku!
Bayangkan, masih single tetapi bangun pagi ada lelaki di sebelah dan mengaku suami! OMG! Itu yang berlaku kepada Emily (Mira) apabila melihat Atta (Sean) tidur disebelahnya.
‘My Future Husband’ bukan cerita fiksyen yang biasa-biasa atau cliché ya! Sebab itu di laman sosial Instagram ramai dah tak sabar nak menonton telefilem ini.
Padahal baru tengok ‘bloopers’ dan sedutan daripada telefilem ini je tau. Antara lain yang menarik perhatian ialah kemunculan Rozita Che Wan (Che Ta) tanpa bulu mata palsu dan tampil buruk!
Alamak! Seriuslah Che Ta buruk? Tak pernah lagi Che Ta buruk depan kamera kan?
‘My Future Husband’ diterbitkan oleh Zeel Production arahan Jai Nadxaman, bakal bersiaran pada malam ini (Sabtu), pukul 9 malam secara ekslusif di Astro Citra (saluran 108).
Anda juga boleh strim di #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo
‘My Future Husband’ mengisahkan tentang Emily gadis periang yang ceria dan cegas dalam menjalani kehidupan harian selain hebat dalam kerjaya.
Namun disebalik keceriaannya itu, percintaan bersama Noh tidaklah seindah yang disangka. 7 tahun menjalin cinta tanpa restu ibunya menggugat rancangan mereka untuk berkahwin.
Hubungan Noh dengan ibu Emily pula ibarat anjing dengan kucing, tidak sebulu pasti ada sahaja isu yang akan dibangkitkan.
Setelah berlaku satu perbalaham yang besar, Emily telah diberikan ‘barang’ oleh seorang wanita gelandangan (Che Ta) dan barang itu telah merubah hidup Emily.
Bangun sahaja dari tidur Emily telah memiliki suami dari masa hadapan! Mr Atta. OMG!
Pelbagai peristiwa lucu dan sedih sepanjang kehadiran ‘My Future Husband’ Emily yang telah banyak merubah persepsi dan kehidupannya.
Namun semua itu hanyalah sementara. Atta hilang dan segalanya kembali seperti sediakala. Dapatkah Emily berjumpa kembali dengan Atta?
Must-Watch Video