,
Laman Utama

Tengku Zafrul Tidak Letak Jawatan

Awani
17/03/2022
08:32 MYT
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan laporan beliau sudah meletakkan jawatan selepas tidak menghadiri sesi Dewan Rakyat di ibu negara, pada Khamis.
Menurut Tengku Zafrul, beliau tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2021 (2022) kerana itu sememangnya dalam perancangan Kementerian Kewangan.
Bahkan, pada tahun lepas, Tengku Zafrul berkata, Timbalan Menteri Kewangan yang membentangkan RUU Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat.
“Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media – gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin.
“Mengenai isu ketidakhadiran di Parlimen pada sesi MQT (Waktu Pertanyaan Menteri) pula, saya ingin menjelaskan bahawa ada sedikit kecemasan peribadi yang terpaksa diuruskan pada pagi ini, dan perkara ini telah pun dimaklumkan semalam.
“Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan,” katanya yang turut berkongsi tangkapan skrin portal berita Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan bertajuk, Tengku Zafrul letak jawatan Menteri Kewangan? dalam hantaran di akaun Facebook dan Instagram rasmi beliau, pada Khamis.
Tambah Tengku Zafrul, mengikut prosedur operasi standard (SOP) soalan MQT, hanya Menteri sahaja yg boleh memberikan jawapan.
“Ini bukan pertama kali seorang menteri diminta untuk membacakan jawapan Menteri lain. Banyak ‘precedent on this’.
“Terima kasih YB Menteri Agama kerana membacakan jawapan saya.
“Semua soalan tambahan akan saya sediakan jawapan secara bertulis, dan saya meminta maaf kepada YB Padang Serai serta YB Tumpat dan YB Pokok Sena (yang bertanya soalan tambahan) atas kesulitan yang telah berlaku,” kata beliau lagi.
Dalam perkembangan sama, di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Mahfuz Omar (PH - Pokok Sena) turut bertanya jika benar Tengku Zafrul sudah meletakkan jawatan ketika Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah bangun untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021.
Soalan itu dibangkitkan Mahfuz selepas Tengku Zafrul dilaporkan pernah berkata beliau rela meletak jawatan daripada meluluskan RM10,000 pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma

gempak
05/09/2024
14:55 MYT
Sepotong video memaparkan perbuatan empat sekeluarga meletakkan lipas di atas pinggan restoran untuk makan secara percuma tular baru-baru ini.
Terkini

Individu Ceroboh Rumah Aeril Zafrel Tampil Mohon Maaf, Nafi Letak ‘Barang’ Sihir

gempak
23/06/2024
10:43 MYT
Pelakon Aeril Zafrel membuat pertemuan bersama individu yang didakwa menceroboh dan menghantar ‘barang’ sihir ke kediaman mereka.
Berita

Menteri Israel Letak Jawatan

gempak
10/06/2024
21:55 MYT
Menteri kabinet perang Israel Benny Gantz pada Ahad mengumumkan peletakan jawatannya ketika penduduk meraikan serbuan yang menyaksikan empat tebusan yang diselamatkan di Gaza dan ratusan penduduk Palestin terkorban.
Viral

Letak Wajah Sendiri di Sampul Raya, Netizen Tegur Kiedacrepe - “Jangan Letak Muka, Kita Tak Tahu Niat Orang”

gempak
07/04/2024
10:00 MYT
Rekaan sampul raya usahawan Kiedacrepe yang memaparkan wajahnya dan suami berjaya menarik perhatian warganet baru-baru ini.
Laman Utama

Tengku Zafrul Puji Filem Gemencheh Boys - “Pengajaran Bagi Saya Ialah Jangan Putus Asa”

gempak
04/10/2023
06:50 MYT
Tak sabar nak tengok!