VIRAL
Tengku Ampuan Pahang Ziarah Pusara Akiko, Ridzuan Ridzokumura: “Terima Kasih Banyak-Banyak…”
Pemergiaan isteri kepada usahawan Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okumura sehingga kini masih dirasai.
Ucapan terima kasih
Menerusi perkongsian Ridzuan di TikTok, dia memuat naik foto Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menziarahi pusara isterinya.
Ridzuan meluahkan rasa terharu kerana isteri kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu sudi melawat pusara Akiko yang terletak di Perkuburan USJ 22, Subang Jaya.
“Terima kasih banyak-banyak kepada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sudi menziarahi pusara Aisyah Abdullah @ Akiko Okumura,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak dan sayu kerana merasai kehilangan arwah Akiko yang disifatkan sebagai seorang wanita yang berhati mulia.
ARTIKEL BERKAITAN: Individu Persoal Letak Nama Jepun Isteri Di Batu Nisan, Ridzuan Ridzokumura Mohon Maaf - “Saya Tidak Salahkan Sesiapa…”
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Arwah Akiko Okumura Menangis Ketika Makan Di Restoran Jepun - “Menitik Air Mata”
ARTIKEL BERKAITAN: Duit Akiko Hilang, Polis Masih Belum Terima Laporan
Dalam masa yang sama, mereka juga tidak dapat melupakan momen ketika Tunku Azizah sering meninggalkan komen semasa Ridzuan dan Akiko mengadakan sesi siaran langsung di media sosial mereka.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.
Must-Watch Video