HIBURAN
“Tengah Sibuk Pack Baju Raya, Tiba-Tiba Hantu Datang Menyibuk” - Cerita Malam Raya Suntik Komedi & Pengajaran
Sebut fasal raya pasti ramai yang akan terbayangkan ketupat, lemang dan duit raya. Namun, berbeza vibes yang ZUS Coffee hidangkan menerusi lagu hari raya berjudul ‘Cerita Malam Raya’ kali ini.
Ia menggabungkan cerita seram dan komedi yang akan membuatkan ramai yang tak senang duduk sambil ketawa.
Dengan gabungan muzik power Luqman Podolski, tarian padu Zeppo Youngsterz Crew, gubahan mantap Faithful Music, arahan kreatif Loko Films dan visual nostalgia Projek Sembang-Sembang, projek ni mengangkat sambutan Aidilfitri ke tahap berbeza!
Bayangkan tengah sibuk packing baju raya, tiba-tiba hantu datang menyibuk. Inilah yang berlaku dalam muzik video ‘Cerita Malam Raya’.
Projek ni adalah hasil gabungan otak-otak gila kreatif dari ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski dan Zeppo Youngsterz Crew. Kalau sebelum ni kita biasa dengar cerita seram masa berkumpul dengan sepupu-sepupu, kali ni kisah tu diangkat ke level baru dan terus menjadi lagu Raya!

Pengarah Kreatif ZUS Coffee, Shafiqah Othman berkata projek ni sebenarnya untuk mengajak semua orang switch off telefon sekejap, nikmati waktu berkualiti dengan family & kawan-kawan sambil bersembang dan gelak sama-sama.
“Cerita Malam Raya adalah projek yang mengingatkan kami tentang kemeriahan yang tercipta apabila kami mengetepikan telefon bimbit kami dan benar-benar bersembang antara satu sama lain.
“Kerjasama seperti inilah yang mengingatkan kami tentang mengapa kami sangat menghargai bekerja dengan bakat tempatan seperti Luqman, Faithful Music, Loko Films dan Zeppo Youngsterz Crew—kerana bila kami bekerjasama, ia mencetuskan idea yang bergema dengan masyarakat,” katanya.
Kata Luqman Podolski, yang juga penyanyi dan bintang muzik video ini, naskhah tersebut menggabungkan suasana lucu yang sering dibayangkan ketika hari raya.
“Pada saya, lagu Cerita Malam Raya ini membawa kelainan yang kita tidak selalu lihat untuk Hari Raya, iaitu gabungan semangat perayaan dengan cerita seram. Hantu-hantu dalam video muzik ini memang menakutkan! Saya harap semua juga terhibur dengan video muzik ini sebagaimana kami semua berasa teruja semasa proses penggambaran,” katanya.

Yang bestnya, korang bukan saja boleh melayan lagu ni, tapi juga boleh sertai Cabaran Tarian “Cerita Malam Raya” di TikTok! Tarik nafas, masuk mode dancer dan tunjukkan gerakan paling padu dengan lagu ni – pemenang bakal dapat kopi ZUS PERCUMA selama setahun!
Koleksi Eksklusif!
Tak cukup dengan muzik video, ZUS Coffee pun bawa sekali koleksi eksklusif Raya yang memang rare iaitu sampul raya seram tapi comel, sticker edisi hantu & gelak, Sembang Raya Keychains dan ZUS Raya Card Game.Selain tu, ada juga promo special Bottled Necessity 1L untuk Iftar dan Siri Jagung Rayayang akan buat korang teringat-ingat.
Video Muzik “Cerita Malam Raya” telah mula ditayangkan bermula 7 Mac, jam 9 malam di Instagram, TikTok, dan YouTube ZUS Coffee.
Lagu ini juga akan tersedia untuk penstriman di Spotify - jadi pendengar boleh menikmatinya pada bila-bila masa, di mana-mana jua mereka berada.
Must-Watch Video