gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tanpa Kontroversi, GV11 & Big Stage Alpha Tetap Berjaya Curi Hati Penonton - "Mereka Ajar Kita Erti…"
HIBURAN
Emma Watson Diharamkan Memandu 6 Bulan
HIBURAN
Pentas Utama Musnah Terbakar, Festival Tomorrowland Tetap Diteruskan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tengah Rancak Buat Live, Suami ‘Call’ Tapi Bonda Rozita Tak Layan - “Sayang Aduyai, Tadi Kan Saya Baru Cakap & Semalam Dah Bincang…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
24/04/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Tengah Rancak Buat Live, Suami ‘Call’ Tapi Bonda Rozita Tak Layan - “Sayang Aduyai, Tadi Kan Saya Baru Cakap & Semalam Dah Bincang…”
Tular video di TikTok memperlihatkan usahawan Bonda Rozita yang sedang melakukan siaran langsung (live) secara tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada suaminya iaitu Aidiamin Ahmad.
Ketika sedang rancak berborak dengan pengikutnya, Rozita dilihat terpaksa menjawab panggilan telefon suaminya yang suaranya kedengaran agak tegang.
Menerusi perbualan ringkas itu, Aidiamin seperti meluahkan rasa kurang senang dan menegur tindakan isterinya tentang sesuatu perkara yang penting.
“Sayang, aduhai. Tadi kan saya baru cakap semalam kita dah bincang. Saya tengok awak punya live ni.
“Saya nak ketengahkan dekat awak, benda ni penting. Saya nak cakap sekejap saja,” katanya.
Bagaimanapun ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri itu kelihatan seperti tidak menghiraukan apa yang ingin disampaikan oleh suaminya.
Malah Rozita juga menyerahkan telefon kepada salah seorang pekerja sebelum sempat suaminya berkata apa-apa.
Difahamkan Rozita enggan meneruskan perbualan dengan suaminya itu memandangkan ketika itu dia sedang bersiaran langsung dan bimbang perbualan mereka didengari oleh pengikutnya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan abang kepada Rebecca itu selain menganggap lelaki itu ‘red flag’.
“Cara suami dia cakap macam red flag saja.
“Bonda malas nak layan laki dia nak explain. Dia nak sambung live macam biasa.
“Ini bukannya tanda sayang… tapi lebih kepada nak menguasai,” komen beberapa netizen.
Namun, tidak dapat dipastikan apakah tujuan Khairul menelefon isterinya itu dan apakah perkara yang mahu dibincangkan olehnya.
Topic Berkaitan
#Bonda Rozita
#Live TikTok
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement