Viral
Temu Bual Babyface Dihentikan Secara Tiba-Tiba, Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati - "So Unprofesional & Biadap!"
Tular di media sosial, seorang wartawan telah menghentikan temu bualnya bersama penerbit lagu dan penyanyi Babyface.
Menerusi video yang dimuat naik oleh netizen di aplikasi X, wartawan yang dikenali sebagai Fauria telah memanggil penyanyi Chappell Roan, yang sedang berdiri di belakang Babyface untuk ditemu bual.
Selepas kejadian itu tular, wartawan berkenaan tampil memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan terhadap penyanyi dan penerbit muzik tersebut.
“Saya ingin mengatakan saya benar-benar minta maaf kerana mengganggu Babyface tadi. Chappell Roan telah muncul, dan terdapat banyak kekecohan seperti biasa di acara sebegini.
“Namun, saya merupakan peminat besar Babyface, seperti kita semua, dan saya hanya ingin menyatakan permohonan maaf saya dengan tulus,” katanya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap wartawan tersebut, malah mereka beranggapan bahawa permohonan maaf itu dibuat hanya kerana individu berkenaan tidak mahu menerima kecaman daripada peminat.
Antara komen yang ditinggalkan:
Sekadar info, Babyface ialah pemenang Anugerah Grammy sebanyak 13 kali. Artis Pink Pony Club, Roan, merupakan pencalonan pertama kali di Anugerah Grammy tahun ini dan telah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik di pertengahan majlis.
Majlis Grammy tahun ini sebahagiannya didedikasikan untuk menarik perhatian kepada usaha pengumpulan dana bagi bantuan kebakaran hutan.
The Recording Academy dan MusiCares baru-baru ini telah melancarkan satu dana untuk menyokong mereka dalam industri muzik yang terjejas akibat kebakaran hutan yang melanda komuniti di Pasadena, Altadena, dan Malibu.
BERITA BERKAITAN: Kalahkan Taylor Swift, Billie Eilish, Ariana Grande, Sabrina Carpenter Menang Album Pop Terbaik Grammy 2025
BERITA BERKAITAN: Kanye West Datang Ke Grammy 2025 Bersama Isteri Tak Pakai Baju
BERITA BERKAITAN: Umur Lebih 60, ‘Nenek’ Demi Moore Masih Dapat Tawaran Berlakon Bogel
BERITA BERKAITAN: Kecoh Justin Bieber ‘Unfollow’ Isteri, Rumah Tangga Dengan Hailey Didakwa Goyah
Must-Watch Video