gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Amir Ukays Lapor Polis, Kecewa Jadi Mangsa Penipuan Haji
HIBURAN
Ernie Zakri Respons Dakwaan Hamil Cahaya Mata Kedua - “Insya-Allah Doakan..”
BERITA
Nasib Eda Ezrin, Suami Serta 4 Rakan Mungkin Ditentukan Mahkamah Agung Thailand
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Tembakan Tepat! Dayang Nurfaizah & Nadeera Zaini Bakal Gegarkan Konsert Hael Husaini & Repertoire - “Saje Tau Letak Gambar Yang Dah Berkurun”

gempak
Asyraf Roslan
02/06/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Tembakan Tepat! Dayang Nurfaizah & Nadeera Zaini Bakal Gegarkan Konsert Hael Husaini & Repertoire - “Saje Tau Letak Gambar Yang Dah Berkurun”

Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan bakal menganjurkan konsert sulungnya bertajuk Hael Husaini & Repertoire yang dijadual berlangsung pada Ogos ini.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian bukan sekadar pengumuman konsert tetapi bayangan misteri yang diberikan Hael mengenai dua penyanyi undangan yang bakal memeriahkan malam istimewa itu.

Tidak mahu berteka-teki terlalu lama, peminat segera menjalankan 'siasatan' sendiri di media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform X, ada individu mendakwa telah berjaya menyuai padan siluet tersebut dengan gambar sebenar dua orang penyanyi.
Hasil 'penyelidikan' mereka, dua nama yang menjadi ramalan utama ialah Dayang Nurfaizah dan Nadeera Zaini yang mana merupakan penyanyi yang pernah berkolaborasi bersama Hael.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ketelitian dan kreativiti siasatan berkenaan. Ada yang memuji Hael kerana menggunakan gambar lama yang menyukarkan peminat untuk membuat teka-teki dengan mudah.
“Saje tau letak gambar yang dah berkurun so org boleh tak boleh guess, main teka2 hahaha betul la tu mmg Nad pun.
“Netizen pn laju jer crack the code
“HAHAHAHA confirmmmm! Tak pasal2 semua kena jadi CSI sebab dia letak gambar zaman batu
“Hahahaahaha powerrrrr,” komen netizen.
Bagaimanapun, Hael Husaini dalam satu hantaran di Instagram telah mengesahkan Dayang dan Nadeera Zaini akan sama-sama menjayakan konsert tersebut.
Dalam pada itu, pelantun lagu Diam itu juga berkongsi harga tiket yang akan dijual untuk konsert Hael Husaini & Repertoire.
Tiket sudah boleh dibeli mulai 3 Jun 2025 di www.ticket2u.com
Topic Berkaitan
#Dayang Nurfaizah
#Hael Husaini
#Nadeera Zaini
#Hael Husaini & Repertoire
Must-Watch Video