,
Laman Utama

Tema Kampung, Tradisional Atau Padang Pasir?: Ini 5 Dekorasi Raya Mall Paling Onz Tahun Ini

Azwa Rahman
27/04/2022
11:08 MYT
Menjelang beberapa hari lagi anak bulan Syawal bakal memunculkan dirinya, pasti ramai di antara kita yang berkunjung ke pusat membeli-belah berhampiran untuk membeli persiapan lebaran atau pun berbuka puasa.
Dalam pada meraikan kemeriahan lebaran, dekorasi di dalam pusat membeli-belah sangat memainkan peranan penting untuk menaikkan mood raya kita.
Setiap tahun juga pusat membeli-belah ini berperang menghasilkan idea-idea kreatif dekorasi luar biasa untuk tatapan pengunjung.
Nak tengok apa dekorasi raya pusat membeli-belah yang paling onz tahun ini? Jom semak.
1. Suria KLCC, Kuala Kumpur
Menampilkan sebuah rumah kampung, dekorasi raya di Suria KLCC membawa nostalgia kita pulang ke kampung. Dengan tema ‘Raya Di Dusun Atuk’, Lihat sahaja rendangnya pokok-pokok rendang dengan kereta Proton Saga diparkir di hadapan rumah, mengamit kenangan kita semua semasa kecil.
2. Aman Central, Kedah
Nah tengok deko AMAN CENTRAL KEDAH. Setiap tahun all out. pic.twitter.com/kEIfmOJtKu— Januar Haikal (@Januarhaikal) April 10, 2022 Menurut seoang pengguna Twitter, dekorasi raya mall yang terletak di Alor Star ni tidak pernah kalah, setiap tahun ada kejutan! Dengan dekorasi ibarat di dalam taman, latar kayu dengan warna biru terang cukup membangkitkan mood beraya.
3. Queensbay Mall, Pulau Pinang
Pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas turut menghias ruang legarnya dengan suasana kampung.
? K. Ganeson | BERNAMA pic.twitter.com/hGgkjPUsjT— BERNAMA (@bernamadotcom) April 18, 2022 Turut bertemakan rumah lama, ruang legar Queensbay Mall bertukar menjadi sebuah kampung dengan sawah padi, ayam sebagai peliharaan dan hiasan punjut. Memang meriah!
4. 1 Utama, Petaling Jaya
Orang ‘Nismilan’ mesti bangga melihat dekorasi rumah tradisi Minangkabau mereka diketengahkan oleh pusat membeli-belah terkenal di Selangor ini. Istimewanya lagu, sebuah rumah utama dipanggil rumah Gadang setinggi 41 kaki didirikan di ruang legar mall tersebut. Memang gah!
5. City Square, Johor Bahru
Dengan konsep negara Maghribi, dekorasi raya bagi pusat membeli-belah terkenal di bandar Johor Bahru ini beri kelainan. Dibuat seperti ala-ala di padang pasir dan seni bina bercirikan astaka. Sambil shopping, boleh OOTD!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#OhAbeNik: Kedah Fashion Week Masuk Edisi Ke-6, Apa Yang Menarik Tahun Ini?

gempak
20/07/2023
12:07 MYT
Kedah Fashion Show 2023 yang bakal berlangsung di Aman Central dari 4 hingga 6 Ogos depan.
Laman Utama

Selepas 10 Tahun, Akhirnya Isetan 1 Utama Tutup, Netizen Komen - “Oh No My Ramen & Tonkatsu Place”

gempak
18/11/2021
05:49 MYT
Tempat lagend ni, jalan-jalan cuci mata.
Laman Utama

Lelaki Maut Terjun Tingkat Tiga Suria KLCC

gempak
21/04/2021
23:25 MYT
Dekat KLCC guys!