,
Laman Utama

Telefon Pintar Paling Tahan Lasak, Ini 7 Sebab Anda Harus Ada HONOR X9b

Mya Amri
01/11/2023
12:10 MYT
Jenama terkenal, HONOR Malaysia telah melancarkan telefon pintar yang dikatakan paling tahan lasak ke pasaran iaitu Honor X9b dengan teknologi Ultra-Bounce Anti-Drop.
Sebelum ini, HONOR X9a yang mempunyai paparan lengkung OLED Ultra-tough HONOR X9a telah menarik perhatian pengguna Malaysia dan menjadi popular.
Malah dengan paparan lengkung OLED Ultra-tough HONOR X9a berjaya melepasi pelbagai ujian dasyat antaranya ujian jatuh, menghancurkan ketam, buah-buahan, ujian lenturan, dilanggar oleh kereta.
HONOR X9a sangat laris di pasaran Malaysia dan merupakan jenama pertama dalam industri yang menyediakan perlindungan skrin retak selama 180 hari.
Walaupun HONOR telah menyediakan perkhidmatan penukaran skrin secara percuma namun disebabkan kualiti HONOR X9a adalah sangat baik, oleh itu kadar penggantian skrin HONOR X9a adalah sangat rendah iaitu sebanyak 0.64%.
Kini HONOR kembali dengan telefon pintar lebih tahan lasak dengan ciri-ciri terbaik iaitu HONOR X9b. Berikut merupakan antara sebab mengapa anda harus memiliki HONOR X9b:
1. Penambahbaikan Ketahanan
#Tahan lasak dari semua sudut
Ketinggian ketahanan jatuh telefon pintar ini meningkat dari Ketinggian ketahanan jatuh meningkat 1 meter ke 1.5 meter.
#Anugerah SGS SGS Switzerland
Telefon pertama di dunia yang mendapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.
#Teknologi Ultra-Bounce Anti-drop
Memiliki teknologi Ultra-Bounce Anti-drop HONOR, struktur tiga lapisan, pengukuhan separa skrin, perlindungan mampan sekitar disekeliling skrin, perlindungan kedap dalam fiuslaj, bertujuan untuk melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman.
Dilengkapi dengan bahan kusyen bermodulus rendah yang inovatif dengan jurang mikron fleksibel mampu menyerap kesan kejatuhan sehingga 1.2 kali ganda.
#Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari
HONOR sangat yakin dengan kualiti produknya dan berjanji untuk memberikan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari kepada semua pengguna yang membeli HONOR X9b.
Berbanding dengan Perlindungan Skrin Retak 180 hari yang dibagi ke pengguna HONOR X9a, kali ini adalah dua kali ganda tempoh jaminan dan covered area (skrin dan panel belakang)!
Jika skrin atau panel belakang retak dalam masa 365 hari selepas pembelian, ia percuma untuk diganti! HONOR adalah satu-satunya jenama di pasaran yang berani menjanjikan penggantian percuma tersebut.
2. Penambahbaikan Bateri
# Bateri 5800 mAh, Caj Sekali, Tahan 3 hari
Bateri besar 5800mAh dalam badan yang nipis (185g, 7.98mm), jangka hayat bateri tiga hari untuk kegunaan biasa, mendapat pengiktirafan DXOMARK Gold Battery Label.
Dengan sekali cas, boleh tahan sehingga 19 jam main balik video, 12 jam main game atau 22 jam melayari sosial media.
#Bateri Tahan Lama yang dapat mengekalkan kapasiti 80% selepas 1000 Kitaran Pengecasan
Penuaan bateri juga akan menjejaskan pengalaman pengguna. Ramai orang telah mengalami masalah bateri cepat habis selepas beberapa tahun penggunaan.
Dengan Enjin penjimatan bateri dan bateri besar, HONOR X9b mengoptimumkan penggunaan bateri melalui penjadualan pintar pelbagai senario, memanjangkan hayat bateri dan mencapai hayat bateri yang panjang selepas tiga tahun digunakan.
Menurut data daripada makmal HONOR, bateri HONOR X9b mengekalkan 80% kapasitinya walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan, menjadikannya salah satu bateri peranti yang lebih tahan lama di pasaran.
3. Penambahbaikan Storan
# Spesifikasi setaraf flagship
12GB RAM and 8GB virtual HONOR RAM Turbo, tiada masalah lagging.
256GB ROM large storage, tidak perlu memadamkan gambar.
#Bukan sahaja storan besar tetapi pantas - UFS 3.1
Sementara fon midrange lain masih menggunakan UFS 2.2, HONOR X9b telah didatang dengan LPDDR4X dan UFS 3.1.
Kelajuan membaca dan menulis UFS3.1 adalah sekurang-kurangnya dua kali lebih pantas daripada UFS2.2, membolehkan anda menikmati pengalaman yang lebih lancar dalam berbilang senario seperti memuat turun permainan, membuka kamera dan applikasi.
4. Upgraded Display
#Skrin setaraf flagship
6.78 inch 1.5k Retina Resolution Display, 10.7 Billion Color, 120Hz refresh rate, 1200nits peak brightness.
#Skrin yang menjaga mata anda
1920Hz PWM Dimming: Menjaga mata anda dengan meminimumkan ‘flicker’ skrin apabila menggunakan fon di tempat cahaya rendah.
Circadian Night Display: meyelaraskan warna paparan secara automatik. Feature ini membolehkan peningkatan 20% melatonin, membantu pengguna mendapatkan kualiti tidur yang lebih lama dan lebih baik.
Dynamic Dimming: Menggunakan cahaya dinamik, membantu mengurangkan keletihan mata sebanyak 18% dengan meningkatkan peredaran darah dalam otot ciliary.
TUV Rheinland Hardware-Level Low Blue Light Certification: mengurangkan cahaya biru yang mengancam kesihatan mata.
5. Penambahbaikan Kamera
#Kamera Ultra Jelas 108MP
Kamera Ultra Jelas 108MP dengan saiz sensor 1/1.67 inch, dapat menyerap lebih Cahaya dan membuatkan gambar lebih jelas.
6. Penambahbaikan Prestasi
#4nm Snapdragon 6 Gen 1
HONOR X9b di datangkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1, dilengkapi dengan CPU Qualcomm, Kryo dan GPU Adreno sehingga 40% dan 35% lebih pantas daripada predecessor-nya.
7. Penambahbaikan Rekaan
#Tiga warna pilihan
HONOR X9b terdapat 3 warna pilihan: Sunrise Orange, Titanium Silver and Midnight Black.
Sunrise Orange menampilkan kemasan kulit (vegan leather), memberikan rasa yang sangat premium dan fingerprint-free.
Rekaan yang bertaraf flagship, rekaan yang mirip HUAWEI Mate 50 Pro turut memberikan rasa premium.
Dengan hanya RM1,499, anda boleh dapatkan sebuah telefon yang Tahan Lasak Semua Sudut dan juga didatang dengan spesifikasi yang bertaraf fon flagship.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.