,
Berita

Telefon Bimbit & Kad Sim Milik Aliff Syukri Disita, Dihantar Ke Forensik

Gempak
05/04/2024
01:55 MYT
Tidak berapa lama selepas rakaman percakapan diambil, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali terpaksa akur apabila telefon bimbit dan kad sim miliknya yang digunakan untuk memuat naik video lagu hari raya disita Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dihantar ke forensik

Memetik Harian Metro, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, peralatan komunikasi terbabit dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
"Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut.
"Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci," katanya dalam sidang media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Media kelmarin melaporkan, MCMC akan meneliti klip video lagu hari raya yang dimuat naik Aliff Syukri selepas mendapat kecaman orang ramai.
Fahmi dilaporkan berkata, beliau juga ada menonton sebahagian video terbabit dan melihat komen daripada netizen yang meminta pihaknya mengambil tindakan.
Menurutnya, walaupun video itu difahamkan sudah dipadam tetapi beliau meminta MCMC untuk meneliti perkara ini.
Sumber: Harian Metro

ARTIKEL BERKAITAN: Penari Aliff Syukri Meliuk-Lentok Beri Tempias Negatif, Koreografer Cikgu Hanafi Mohon Jaga Sensitiviti - "Fikir Biar Matang"

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Disamakan Dengan Wajah Aliff Syukri! Semak Fakta Menarik Tentang Muaz Zabir, Jejaka Yang Dikaitkan Rapat Dengan Bella Astillah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Telefon Bimbit Tiada Kaitan Dengan Kanser Otak - Kajian

gempak
05/09/2024
13:55 MYT
Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua.
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Berita

Kumpulan Pelaksana Dijangka Terima Kenaikan Gaji Sehingga 42.7%

gempak
07/08/2024
10:30 MYT
Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) antara 15 hingga 42.7 peratus.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Analisa Kad Sim Suspek & Siasat Lokasi Kebun Dipercayai Tempat Persinggahan Sebelum Kejadian

gempak
20/07/2024
12:55 MYT
Kad sim dipercayai milik anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah sedang dianalisa.
Berita

PM Tidak Puas Hati Insiden Buli Siber, Mahu MCMC & PDRM Ambil Tindakan Tegas

gempak
18/07/2024
11:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini melahirkan rasa kesal terhadap insiden buli siber yang semakin parah ketika ini sehingga menyebabkan kematian.