Laman Utama
Telefilem Angah Viral Di TikTok, Haidar Hasanudin Kena Kecam Netizen - “Patut Kena Rejam Dengan Batu”
Baru-baru ini, telefilem Angah arahan Eyra Rahman yang mengangkat kisah tragis remaja golongan orang kurang upaya (OKU) dirogol sehingga hamil meraih perhatian netizen.
Hangat diperkatakan di laman TikTok sehingga meraih 1.4 juta tontonan, naskhah yang bersiaran pada 6 Mei lalu di Astro Ria itu menampilkan lakonan mantap barisan pelakon Puteri Balqis, Aleza Shadan, Natasha Elyzza dan Haidar Hasanudin.
Selain memuji jalan cerita luar biasa yang ditampilkan, penonton yang menyaksikan telefilem berkenaan turut memberikan kredit terhadap lakonan hebat Balqis, Aleza dan juga Natasha.
Selain mereka bertiga, Haidar yang memegang watak antagonis bernama Wan dalam telefilem berkenaan turut menerima tempias kecaman netizen di laman sosial terbabit.
Sebagai pendatang baharu dalam dunia lakonan, Haidar bersyukur karakter Wan diperkatakan penonton.
"Bila orang kecam, saya rasa gembira. Ia menjadi petanda watak yang saya bawakan sampai ke hati penonton. Saya sendiri tak sedar telefilem ini viral di TikTok sehingga diberitahu oleh seorang rakan. Tengok komen di TikTok, ramai yang kecam dan tak puas hati dengan watak Wan dan mereka bersimpati dengan keluarga Angah dan Daud.@chipsmore776 Bila nk tutup salah sendiri #angah #fypmalaysia #kisahbenar #malaysiatiktok #dramatiktok #dramamelayu #telemovie #puteribalqis #foryourpage ♬ Happier Than Ever - Billie Eilish
"Bergandingan dengan pelakon hebat seperti Balqis, Kak Aleza, Natasha dan ramai lagi membuatkan saya rasa kerdil kerana saya hanyalah pelakon baharu. Dengan tunjuk ajar Kak Eyra sebagai pengarah, saya dapat galas watak Wan sehingga menimbulkan kebencian penonton. Terima kasih saya ucapkan," katanya.
Tambah Haidar lagi, kelainan telefilem ini juga menjadi penyebab penonton memperkatakan mengenai Angah di laman TikTok.
"Mungkin tema jalan cerita yang mengambil inspirasi kisah benar ini dekat di hati orang ramai. Sebagai pelakon baharu, saya gembira dan bersyukur kerana dapat diberi peluang untuk menjayakan karya ini.
"Biarpun dikritik sehingga dibenci warganet, saya ambil perkara terbabit sebagai pemangkin untuk saya memberikan hasil lakonan terbaik di masa akan datang," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Haidar baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Hantu Raya Pergi Perang arahan Wan Hasliza dan Wan Alauddin terbitan KL Motion Picture.
Naskhah terbabit menampilkan lakonan Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak dan Azhar Sulaiman.
Must-Watch Video