gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Peserta Miss Universe Latina, Laura Pérez Jatuh Dari Platform Pentas 10 Kaki Ketika Cuba Capai Mahkota!
HIBURAN
Ameera Khan Dapat Hadiah Jam Tangan RM25,000 Hanya Untuk Main Tenis, Netizen Ucap ‘Goodluck’ Buat Jefri Nichol
HIBURAN
Netizen 'Geli Hati' Dengar Zarina Zainuddin Berselawat - "Akak Memang Dapat Pahala Kitorang Ni Macam Mana"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Telan 200 Pil Kurus Setiap Hari: Wanita Alami Kurus Melampau, Berat Hanya 25kg

Gempak
Gempak
21/07/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Telan 200 Pil Kurus Setiap Hari: Wanita Alami Kurus Melampau, Berat Hanya 25kg

Seorang wanita di sini dimasukkan ke hospital pada 17 Julai lalu selepas dilaporkan mengambil sehingga 200 pil kurus sehari dalam usaha terdesak untuk menurunkan berat badan.

Berdasarkan laporan media tempatan China, akibat tabiat melampau itu, berat badan wanita berusia 39 tahun itu susut mendadak kepada hanya 25 kilogram (kg) dan dia mengalami kesukaran untuk berjalan.

Wanita itu dikatakan mula berdiet lebih kurang 10 tahun lalu dan menjadi sangat bergantung kepada pil yang dikenali sebagai 'pil merah jambu kecil', sejenis julap dalam usaha untuk kekal kurus.

Ketika mula berdiet, berat badannya sekitar 40 kilogram, namun dia masih tidak berpuas hati dengan bentuk tubuhnya, terutamanya di bahagian paha dalam.

Dalam pencarian untuk penyelesaian, dia menemui pil tersebut yang berfungsi dengan merangsang saraf di usus bagi mencetuskan pergerakan usus dan melegakan sembelit.

Wanita itu mula mengambil pil setiap hari sambil mengurangkan pengambilan makanan.

Lama-kelamaan, dia mengambil lebih daripada 150 biji sehari, malah pil-pil tersebut menggantikan makanan sebenar.

Disebabkan berat badan yang menyusut teruk, dia mengalami kesukaran makan dan masalah kekurangan zat makanan.

Lebih memburukkan keadaan, meskipun mengambil dos pil yang tinggi, dia masih tidak dapat membuang air besar menyebabkan masalah kesihatannya semakin serius.

Selepas lebih 10 tahun bergelut dengan ketagihan itu, barulah dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan mendapatkan rawatan perubatan.

Keadaan wanita itu kini dilaporkan sangat lemah dan dia terpaksa dibawa ke hospital dengan kerusi roda.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#wanita
#Pil Kurus
#Kurus Melamau
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement