,
Viral

Teh Tarik Melayang! Perodua Alza Rempuh Restoran Mamak

Amri Hassan
07/06/2017
04:02 MYT
Beberapa pelanggan Restoran Nasi Kandar Kassim Mustafa cemas apabila sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna hitam meluru masuk ke dalam restoran.
Kejadian itu berlaku di bandar Georgetown, Pulau Pinang sekitar pukul 11 malam tadi ketika beberapa pelanggan sedang seronok menjamu selera.
Difahamkan, kenderaan itu yang dipandu oleh seorang lelaki yang cuba mengelak daripada melanggar seorang penunggang motosikal sebelum terbabas.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan cuma salah seorang daripada pelanggan restoran yang terkenal di Pulau Mutiara itu cedera ringan.
Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, semua pelanggan tercengang sejurus kemalangan itu berlaku dan kemudiannya membantu mengeluarkan lelaki berusia 26 tahun daripada kenderaan tersebut.
Dua rakaman video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Penang Kini malam tadi telah ditonton lebih 900,000 kali dan mendapat lebih 8,000 perkongsian.
Netizen rata-ratanya meluahkan kekecewaan terhadap pemandu yang cuai hingga membahayakan nyawa orang awam yang sedang menjamu selera.
"Kereta itu melulu laju, tak tahu nak kejar apa. Kasihan pelanggan yang sedang makan," tulis Nora Lina Azlina.
"Syukur tiada orang berdekatan tiang, kalau tidak mesti mati. Bodoh punya orang tak ada akal. Ini jalan sempit, mahu laju pergi highway (lebuh raya)," kata Ariff William.
Malah, ada yang menyarankan agar tindakan undang-undang dikenakan terhadap pemandu terbabit agar lebih berwaspada pada masa akan datang.
"Tolong dakwa pemandu yang memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang awam. Dia memandu laju!" saran Rohani Osman.
"Pemandu begini patut dipenjara 20 tahun dan lesen ditarik seumur hidup. Baru berbaloi dengan apa yang dia buat," kata Taro Minami.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba Lebuh Pantai, Muhammad Rizal Abu Bakar berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemalangan itu mendapati restoran tersebut berada dalam keadaan berselerak.
Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan pemandu tersebut untuk siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Penang Kini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar