gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Teguh Bertahan Hampir 40 Tahun, LipanBara Buat Kemunculan Semula

Amri Hassan
Amri Hassan
23/01/2025
18:12 MYT
Sponsor Banner
Teguh Bertahan Hampir 40 Tahun, LipanBara Buat Kemunculan Semula
Kumpulan rock tanah air LipanBara tampil membuat kemunculan semula selepas sekian lama merehatkan diri dari industri muzik.
LipanBara yang dianggotai oleh Oney (vokalis), Zaff (gitaris), Labut (drummer), Ham (bass) dan Ali (keyboard) itu akan muncul menerusi showcase anjuran Ultimate Media yang dijadualkan pada 15 Februari 2025 di Warisan Hall, Sijangkang, Selangor.
Khas buat peminat LipanBara, barisan ahli kumpulan baharu akan mempersembahkan lagu-lagu yang diberi nafas baharu.
Bermula dari pukul 9.30 malam, LipanBara akan mempersembahkan 11 buah lagu popular yang diberikan susunan dan sentuhan baharu, yang lebih magik kepada peminat mereka.
Antara lagu yang dijangka akan dipersembahkan ialah Rindu Yang Tersisa, Rentak Yang Baru, Garisan Terakhir, Serangan Kilat dan Blues Tongkat Ali.
Tiket mula dijual pada 22 Januari lalu.
LipanBara merupakan kumpulan rock yang ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Lan Lipan atau papa Lote.
Pernah memenangi tempat pertama Juara Rock Galactica 1988, kumpulan itu telah merakamkan beberapa buah album antaranya Tanda Tanya dan Harimau.
Album pertama mereka telah terjual lebih 50,000 unit dan antara lagu popular mereka ketika itu ialah Seiraman Aman Sentoasa, Kayangan dan Itu Yang Mampu.
Album kedua berjudul Harimau melonjakkan nama mereka menerusi lagu hits antaranya Moga Sempurna, Syurga Impian, Blues Tongkat Ali dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
#Band
#Showcase
#Kumpulan
#Rock
#LipanBara
#Sijangkang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement