,
Laman Utama

Teaser Lagu Kelepak Kelepuk Raya Aliff Syukri Dihentam Netizen, Penari 'Ngelejat' Tak Senonoh - "Bersongkok Tapi Pakai Singlet"

Amri Hassan
16/04/2022
08:43 MYT
Usahawan, penyanyi dan pelakon Datuk Seri Aliff Syukri tampil lagi dengan lagu raya terbaharu tahun ini berjudul Kepelak Kelepuk Raya.
Menerusi sepotong video teaser lagu rayanya yang dimuat naik di Instagram, hampir kebanyakan komen yang ditulis netizen menunjukkan rasa kurang senang terhadap penampilan tiga penari lelaki dalam muzik video itu.
Kata netizen, penampilan penari lelaki yang bersongkok namun mengenakan pakaian yang kurang bersesuaian serta pergerakan tarian 'vogue' yang meliuk lentok seakan-akan mencabar budaya dan agama Islam.
"Rosak habis dah, tarian mengarut tapi pakai songok. Memang Dato' minta dikecam.
"Macam beruk mat yeh penari aku tengok.
"Apa ni, penari macam tu. Bulan Ramadan ni Dato',. Cukup-cukuplah pening tengok Sajat. Matlamat tak menghalalkan cara, risau Allah murka bila kita reda dengan kejahilan. Maafkan saya menegur.
"Untung ada orang tu tak payah puasa sebab syarat sah puasa kena berakal.
"Menari eloklah pakai baju yang elok, tarian tradisi. Mesti cantik.
"Ya Allah tolonglah jangan rosakkan keindahan dan kesopanan lagu raya. Lagu raya sepatutnya penuh sopan santun lagi pakaiannya, bukan macam tu," tegur beberapa pengguna di Instagram.
Untuk rekod, Aliff Syukri pernah menggunakan khidmat penari sama untuk muzik video raya tahun lalu berjudul Lala Raya.
Sehingga artikel ini ditulis, teaser lagu raya Kelepak Kelepuk Raya telah dihujani lebih 4,000 komen dan 25,000 tanda likes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.