,
Laman Utama

Team Ambulan KKM Selamatkan Oyen Di Tapak Nahas Pesawat Terhempas

Izwan Isa
20/08/2023
12:50 MYT
Mungkin benar kata orang yang kucing mempunyai sembilan nyawa. Seekor kucing dengan bulu berwarna jingga berjaya diselamatkan oleh team ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia daripada tapak nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, baru-baru ini.
Memetik laporan The Vibes, kucing yang diberi panggilan Oyen itu dibawa ke sebuah klinik haiwan dan kini dirawat oleh Dr Zul Erwan Azami.
“Mungkin Oyen sedang berlegar-legar di kawasan tersebut. Dia tidaklah terkena impak pesawat terhempas secara langsung… kalau tidak, mungkin ia tidak akan selamat.
“Barangkali, dia terkena serpihan atau melompat sehingga tercedera,” kata Dr Zul.
Menurutnya, Oyen mengalami luka pada bahagian tulang dada dengan kulit terkoyak sehingga 15 sentimeter.
“Oyen sangat trauma dan takut. Tapi pagi ini dia dah stabil dan dah mula makan,” katanya lagi.
Dr Zul turut memberitahu yang Oyen merupakan seorang kucing jantan jalanan yang masih belum dikasi.
Oyen akan terus berada di bawah jagaan Dr Zul di klinik haiwan yang terletak di Sungai Buloh.
Sumber: The Vibes
BACA: Oyen Curi Tumpuan Di Zoo Negara, Ini 5 Perangai Kucing Warna Oren Yang Korang Perlu Tahu!​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” - Jeritan Terakhir Pembantu Juruterbang Nahas Elmina

gempak
16/08/2024
10:47 MYT
Transkrip perakam suara kokpit milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28JV yang terhempas di Elmina, Shah Alam tahun lalu, mendedahkan detik akhir dialami juruterbang yang panik dan ketakutan ketika tragedi itu.
Berita

Kegagalan Kawal Penerbangan Punca Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

gempak
16/08/2024
09:14 MYT
Nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Bandar Elmina tahun lalu disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
Berita

Nahas Elmina: Laporan Akhir Dikeluar Beberapa Hari Lagi - Anthony Loke

gempak
14/08/2024
09:25 MYT
Laporan akhir berhubung nahas kemalangan udara Elmina di Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lalu dijangka dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
Viral

'Oyen' Tersangkut Lubang Dinding Gara-Gara Kejar Lipas!

gempak
20/02/2024
06:30 MYT
Angkara mengejar lipas, 'Oyen' terpaksa menanggung kesakitan selama hampir dua jam selepas tersangkut pada lubang dinding rumah