gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Tak Perlu Tunggu Travel! Koleksi Rip Curl x Janggutbear Dah Bawa ‘Beach Vibes’ Masuk Almari Korang
VIRAL
Influencer Cantik M*ut Ditembak Ketika Live TikTok
HIBURAN
Doorgift Majlis Kahwin Luna Maya & Maxime Bouttier Buat Netizen Ternganga, Cecah Ribuan Ringgit! - "Kita Dapat Sudu Garfu Pun Dah Happy Ini Pula ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
ASTRO RAMADAN 2025

Tazkirah Malam Jumaat: Menyelami “Dosa Tanpa Niat” Bersama Alif Satar, Ustaz Syed Norhisyam & PU Amin

gempak
Khairil Khusyairi
14/03/2025
01:50 MYT
Sponsor Banner
Tazkirah Malam Jumaat: Menyelami “Dosa Tanpa Niat” Bersama Alif Satar, Ustaz Syed Norhisyam & PU Amin
Tazkirah Malam Jumaat kembali untuk musim ke-9 dengan sebuah episod yang penuh pengisian dan renungan mendalam.
Kali ini, program bual bicara keagamaan yang dinanti-nantikan ini menampilkan perbincangan menarik bertajuk “Dosa Tanpa Niat”, yang akan membimbing penonton dalam memahami kesilapan-kesilapan kecil yang sering dilakukan tanpa disedari dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap ibadah serta kehidupan seharian kita.
Dihoskan oleh Alif Satar, episod kali ini menampilkan dua panel ilmuwan Islam yang berpengalaman, iaitu Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang dan PU Amin.
Bertempat di Masjid Madad, Sungai Petani, Kedah, perbincangan ini bukan sahaja membawa perspektif ilmiah tetapi juga mendekatkan para penonton dengan ilmu agama secara santai dan mudah difahami.

Dosa Tanpa Niat: Kesilapan Kecil yang Mungkin Terlepas Pandang

Bulan Ramadan merupakan masa yang penuh keberkatan, di mana umat Islam berlumba-lumba untuk meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Namun, dalam kesibukan menjalani rutin harian, ada perkara yang mungkin kita lakukan tanpa sedar yang boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah kita.
Antara isu yang akan dikupas dalam episod ini termasuk perbuatan seharian yang dianggap biasa tetapi boleh menjadi dosa dan bagaimana untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan Allah.
Perbincangan ini bukan sekadar mengingatkan, tetapi juga membimbing penonton dengan panduan praktikal untuk menjalani Ramadan dengan lebih baik dan bermakna.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Tazkirah Malam Jumaat Musim Ke-9 dan hayati perbincangan bermakna ini di Astro Oasis (106), On Demand & Astro Go!
Topic Berkaitan
#Alif Satar
#Tazkirah
#Dosa Tanpa Niat
#Tazkirah Malam Jumaat
Must-Watch Video