,
Hollywood

Taylor Swift Didakwa Terima RM14 Juta Satu Malam Supaya Konsert Hanya Di Singapura

Maliah Surip
05/03/2024
13:40 MYT
Taylor Swift sedang mengadakan konsert jelajah dunia, The Eras Tour di Singapura.
Singapura menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menjadi persinggahan Swift untuk bertemu peminat. Bukan sehari tetapi penyanyi fenomena dunia ini mengadakan konsert di republik tersebut selama enam hari.

BERITA TRENDING: Lelaki Indonesia Ini Berhabis RM11,479 Bawa Isteri Tengok Taylor Swift Di Singapura!

Kehadiran Swift ke Singapura bagaimanapun menjadi kontroversi selepas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mendakwa kerajaan Singapura ‘main kotor’ dengan menyekat penyanyi itu mengadakan konsert di negara Asia lain.
Thavisin antaranya mendakwa sebagai balasan Swift tidak melakukan konsert di negara Asia Tenggara lain, dia dibayar sehingga RM14 juta untuk melakukan konsert pada satu malam di Singapura.
Ini bermakna bintang berusia 34 tahun tersebut menerima bayaran mencecah RM84 juta untuk melakukan konsert di Stadium Nasional Singapura untuk enam malam persembahan, seperti dilaporkan Channel News Asia.

BERITA TRENDING: Bekas Anggota Boyzone Tuduh Taylor Swift Buat Ritual Puja Syaitan Dalam Konsert

Swift mengadakan konsert di Singapura pada 2,3,4,7,8 dan 9 Mac 2024.
Pihak kerajaan Singapura bagaimanapun tidak mendedahkan nilai sebenar yang dibayar kepada Swift malah mungkin akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membocorkan rahsia serta perjanjian yang dimeterai bersama penyanyi itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.