gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Financial Faiz: Simpanan 20 Peratus Termasuk Untuk Anak, Tapi…
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Araff Hampir Pengsan Selepas Persembahan Berkumpulan
HIBURAN
Siti Jamumall Tak Tolak Rujuk Semula Dengan Bekas Suami Demi Anak-Anak - “Saya Maafkan, Tapi Nak Bersatu Kena Ada…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HOLLYWOOD

Taylor Swift Beri Bonus RM872 Juta, Pemandu Lori & Tukang Kayu Antara Yang Terima

gempak
Maliah Surip
11/12/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Taylor Swift Beri Bonus RM872 Juta, Pemandu Lori & Tukang Kayu Antara Yang Terima
Taylor Swift memang terkenal dengan sikap dermawan dan memberi bonus kepada para pekerja terutama yang terlibat dengan siri konsert jelajahnya seperti menjadi satu tradisi buat penyanyi tersebut.

BERITA TRENDING: Bukan Taylor Swift, Beyonce Dinobat Bintang Pop Terbaik Abad Ke-21

Terbaharu, Swift telah memberi sekitar RM872 juta sebagai bonus kepada para krew yang terlibat dengan siri jelajah konsert The Eras Tour yang bermula pada Mac 2023 lalu, lapor Rolling Stone.

BERITA TRENDING: Lelaki Musnahkan ‘Gitar Taylor Swift’ Guna Tukul, Selepas Beli RM16,700

Pemberian bonus itu diagihkan antaranya kepada tim katering, pemandu lori, tukang kayu, krew lampu, jurutera bunyi, jurutera instrumen, jurusolek, juru dandan, pakar terapi, penari, pemuzik, pengawal peribadi, juru ikat dan tim cenderahati.
Pengumuman pemberian bonus tersebut dibuat sewaktu konsert jelajah itu di Vancouver, Amerika Syarikat pada 8 Disember lalu.
Menerusi 149 persembahan yang dibuat dalam The Eras Tour, Swift memperoleh pendapatan sehingga RM8.85 bilion dengan seramai 10, 168,008 peminat menghadiri konsert tersebut, lapor Forbes.
Pendapatan tersebut adalah satu sejarah baru yang dipecahkan Swift dalam industri muzik selepas Coldplay mengutip keuntungan sekitar RM4.4 bilion menerusi 156 lokasi siri jelajah konsert Music of the Spheres World Tour pada Ogos lalu.

BERITA TRENDING: Donald Trump Didakwa 'Cipta' Gambar Palsu Taylor Swift Guna AI, Peminat Berang!

BERITA TRENDING: Tiga Konsert Taylor Swift Batal Selepas Terima Ancaman Serangan

Topic Berkaitan
#Hollywood
#Taylor Swift
#Pemandu
#Tukang Kayu
Must-Watch Video