,
Laman Utama

Tayang Video Suntik Filler Rahang, Nur Fathia Ditarbiah Netizen - “Mengubah Ciptaan Allah Adalah Haram”

Azwa Rahman
11/02/2021
03:15 MYT
Pelakon Nur Fathia Latiff mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi sebuah video dirinya sedang menjalani rawatan aestetik filler di bahagian rahang.
Menerusi laman sosial Instagram, Fathia memuat naik video sambil mempromosikan kaedah membentukkan rahang tersebut untuk tatapan umum.
“Orang yang merasa tidak puas hati dengan garis rahang atau dagu mereka mungkin ingin menambah bentuk di kawasan ini.
“Filler rahang jenis suntikan atau dermal filler dapat memberikan penyelesaian bukan pembedahan. Dagu dan rahang yang kelihatan lembut boleh disebabkan oleh usia atau genetik. Filler rahang dapat menambahkan bentuk, simetri, keseimbangan dan kontur ke kawasan kawasan ini, terutama dalam profil.
“Filler rahang adalah gel yang disuntik ke dalam kulit. Ia merangsang penghasilan asid hyaluronik atau kolagen. Ini dapat menegangkan kulit yang kendur dan kehilangan tulang di sekitar rahang,” tulis Fathia di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi 40 saat itu, menunjukkan Fathia menyuntik filler di kedua-dua belah rahangnya sambil mempamerkan hasil rahang sebelum dan selepas.
Meninjau ke ruangan komen, perkongsian Fathia itu mengundang reaksi yang bercampur-baur daripada pengikutnya.
Ramai wargamaya yang memuji wajah Fathia sememang semulajadi cantik dan tidak memerlukan sebarang rawatan kosmetik.
Malah, ramai juga yang memberikan nasihat dan peringatan tentang dosa mengubah ciptaan Tuhan.
Sebarang penambahbaikkan di rahang atau muka adalah haram. Melihat hijabis melakukan penambahbaikan muka tidak menjadikannya halal. Dosa pahala masing-masing tanggung tapi ini sekadar peringatan,” komen seorang wargamaya.
Patutlah Fathia dah tak cantik. Banyak yang dah ubah kat wajah tu,” luah seorang wargamaya.
Cantik yang dulu lagi, sis fathia tak perlu nak ubah sebab awak dah semulajadi cantik. Now dah macam orang tua. Rindu yang dulu,” kata seorang wargamaya.
Aku je ke tak nampak perubahannya?” tanya seorang wargamaya.
Fatiya please stop jangan ubah apa-apa cucuk sana sini lagi. You memang dah natural cantik gila,” tulis seorang wargamaya.
Mengubah ciptaan Allah adalah haram,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 130,000 tontonan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Suka Hidung Lama, Kurang Selesa Bab Tayang Pembedahan, Anju Mohon Maaf - “Itu Tajaan, Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya”

gempak
01/09/2024
23:52 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie memohon maaf sekiranya ada pihak kurang selesa dengan hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik hidung.
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia - "Saya Minta Maaf Kerana Bebankan Mak"

gempak
18/05/2024
01:34 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.
Hiburan

"Kafir Itu Itu Tuduhan Kasar, Saya Masih Amalkan Agama Islam" - Fatiya Latiff

gempak
25/03/2024
06:09 MYT
Pelakon Fathia Latiff menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam
Hiburan

“Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang Tau” - Fathia Latiff

gempak
21/03/2024
05:29 MYT
Fathia bengang dengan netizen.
Hiburan

“Kalau Nak Tangkap, Tengok Balik Diri Kita” - Fathia Latiff Anggap Aib Seseorang Tak Perlu Disebarkan

gempak
10/03/2024
04:55 MYT
Fathia cuma luahkan pendapatnya.