,
Berita

Tawar Khidmat Seks Dengan Bayaran RM150 Kepada Anggota Polis, Instafamous Papaicici Didenda RM3,000

Fiza Kamarudin
29/05/2020
14:54 MYT
Seorang 'Instafamous' dikenali sebagai 'Papaicici' dihukum denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.
Majistret Mohamed Fared Abdul Latif menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Papaicici atau nama sebenarnya Rayndi Jubidi, 29, yang dituduh menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis dengan bayaran RM150 untuk sekali perkhidmatan. Lelaki itu yang hadir di mahkamah dengan memakai kemeja-T putih dan seluar jean biru ketat serta menyanggul rambutnya, didakwa melakukan perbuatan terbabit di sebuah kondominium di Bukit Bintang, pada jam 6.50 petang 27 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman berbentuk denda minimum.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Tertuduh membayar denda berkenaan.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.