HIBURAN
Tarikh Lahir Sama Dengan Anak, Fitri Haris Syukur Isteri Selamat Bersalin - “Alhamdulillah, Bersamaan Hari Wukuf Di Arafah….”
Penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris bersyukur isterinya, Fazilah Omar selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Fitri menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Jumaat.
“Alhamdulillah syukur Ya Allah, 5 Jun 2025, bersamaan hari wukuf di Arafah, lahirlah puteri kami di Royal Derby Hospital, United Kingdom.
“Yang lebih istimewa, tarikh 5 Jun juga merupakan tarikh lahir saya sendiri. Syukur atas segala nikmat dan rezeki Allah.
“Terima kasih isteriku @el_mrsfitri yang kuat dan sabar melahirkan zuriat ini. Terima kasih atas segala doa dan ucapan yang dikirim daripada keluarga, sahabat dan kenalan. Kami amat menghargainya.
“Doakan agar anakanda membesar dengan sihat, menjadi insan yang solehah, penyeri dunia dan akhirat,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2019, sekali gus menamatkan status mereka sebagai bapa dan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.
Fitri menerusi perkahwinan terdahulu memiliki seorang anak perempuan, Sofea Soleha manakala Fazilah pula merupakan ibu kepada seorang anak lelaki, Qhalish Rayyan Adam.
Must-Watch Video