,
Laman Utama

"Tarif Elektrik & Air Di Semenanjung Kekal, Harga Ayam Tidak Diapungkan” - PM

Awani
25/06/2022
00:28 MYT
Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Jumaat.
"Dengan keputusan tersebut, kerajaan akan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain," jelasnya.
Sebelum ini, kadar tarif elektrik dijangka dinaikkan mulai 1 Julai susulan kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117 peratus sejak hujung tahun lalu.
Bagaimanapun, ia mendapat tentangan ramai pihak yang ingin kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tarif elektrik dan air yang baharu susulan tekanan dihadapi rakyat akibat kenaikan harga barang serta pandemik COVID-19.
Sementara itu, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan selepas penamatan subsidi pada 30 Jun ini.
Menurut Perdana Menteri, harga siling baharu akan diumumkan masa terdekat.
"Kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.
"Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup," katanya.
Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam mulai 1 Julai ini.
Ia dijangka akan mengakibatkan harga ayam meningkat apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun 2022.
Mengikut rekod, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard pada RM8.90 sekilogram.
Manakala ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pula pada harga RM9.90 sekilogram.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

gempak
28/08/2024
14:25 MYT
Kehadiran Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan pengamal media apabila hadir di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.