,
Hiburan

Tan-Ti-Ana Filem Terakhir Arwah Abam, Penerbit Terngiang Kata-Kata; "Dia Tahu Dia Takkan Jadi Hero, Tapi ..."

Amri Hassan
28/01/2024
07:43 MYT
"Dia tahu dia takkan jadi pelakon utama, tapi dia kata dia tetap nak terlibat sama," demikian kata-kata arwah Abam yang diceritakan semula penerbit filem Tan-Ti-Ana, Datuk M Razlan Ismail.
Jelas M Razlan, dia yang juga rapat dengan arwah Abam mendedikasikan naskhah filem itu buat beliau.
"Naskhah ini pun sebenarnya dedikasi untuk arwah Abam, terutama kepada yang merindui lakonannya. Walaupun babaknya tak banyak, tapi momen itu yang kita ingat.
"Ketika awal-awal saya bercadang nak buat filem ini, dia datang pada saya menawarkan dirinya untuk berlakon sama. Saya kata okey dan dia mahu jadi diri sendiri.
"Dalam filem ini arwah memegang watak Belon," ceritanya bersulam sebak.
Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Filem Tan-Ti-Ana merupakan naskhah komedi seram menjalani penggambaran pada 2018, namun pihak penerbitan, Dream At Work Sdn. Bhd. terpaksa menangguhkan tayangannya sehingga empat tahun kesan daripada pandemik Covid-19.
Selepas membuat kajian pasaran dan mendapat khidmat nasihat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan menerusi skim wajib tayang, pihak penerbit yakin tahun ini adalah waktu yang tepat untuk menayangkan filem Tantiana.
“Bukan tidak mahu tayang lebih awal, tetapi apabila pawagam dibuka selepas pandemik, begitu banyak peraturan yang harus diikuti seperti duduk berjarak di dalam panggung membuat saya berasa agak skeptikal.
“Sebagai penerbit saya sedar filem sudah agak lama, jadi produksi membuat sedikit perubahan daripada segi suntingan supaya sesuai dengan selera peminat filem hari ini,” ujarnya.
Selain Abam, filem Tan-Ti-Ana turut menampilkan barisan pelakon popular tempatan antaranya Joey Daud, Datuk Rahim Razali, Tauke Jambu, Atikah Suhaime, Jay Iswazir, Zalif Sidek dan Kazar.
Tan-Ti-Ana dijangka akan ditayangkan pada akhir bulan Februari 2024.
Dream At Work Sdn Bhd juga turut menerbitkan sebuah filem lain berjudul Lantara Dosa selain sebuah telemovie untuk tayangan Astro berjudul 5 Hari lakonan Wan Maimunah dan Bell Ngasri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.