,
Berita

Tangisan Berpanjangan & Sukar Buang Air Besar, Kanak-Kanak 19 Bulan Disahkan Hidap Kanser Ovari Tahap 3

Gempak
09/10/2024
15:55 MYT
Tangisan berpanjangan selain sukar membuang air besar yang dialami seorang kanak-kanak berusia 19 bulan akhirnya terjawab apabila Daneen Auni Riksi disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.

Sebak dapat tahu anak kanser

Daneen Auni yang ketika ini sedang dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) akan menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.
Fallarystia Sintom, 25, ibu kepada kanak-kanak tersebut mengakui agak terkejut dan sedih dengan ujian yang dihadapi sebaik mengetahui anak bongsunya itu yang belum pun berusia dua tahun disahkan menghidap kanser tersebut.

"Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.

"Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Tanda-tanda sebelum dikesan

Ditanya lanjut bagaimana mula dikesan mengenai kanser tersebut, Fallarystia mengatakan anaknya mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.

"Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar.

"Malah dia juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Kami mulai membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.

"Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan.
"Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter tersebut, anak saya perlu dibedah segera. Pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser ovari," katanya.

Mohon doa kesembuhan anak

Ditanya mengenai harapan untuk sembuh, Fallarystia mengatakan dia bergantung harap kepada ALLAH dan juga usaha daripada pihak hospital.

"Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi.

"Doktor berpesan bahawa sakit anak saya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama saya juga berdoa supaya diberikan kesembuhan kepada anak saya," katanya.
Fallarystia dalam pada itu memaklumkan, dia mengalami kesukaran untuk berulang alik ke hospital kerana tiada kenderaan sendiri selain suaminya pula bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat.
"Di Kota Marudu, saya tinggal di Kampung Mangin yang terletak sejauh 15 kilometer, suami pula bekerja di Kudat. Jadi setiap kali kami ke hospital saya akan berada di rumah mentua yang terletak di Pekan Goshen.
"Jadi dekat perjalanan kami ke hospital. Tetapi sejak dimasukkan ke wad di HWKKS memang agak sukar untuk berulang alik dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu," katanya.
Sementara itu, Riksi Tahir, 25, yang juga merupakan anggota bomba di BBP Kudat mengakui ketika ini dia buntu kerana terbeban dengan kos yang akan dihadapi mereka.
"Setakat ini pihak hospital belum dapat memberi anggaran kos termasuk pembedahan yang sudah dijalankan dan juga rawatan kimoterapi.
"Saya juga sedang bekerja di Kudat dan tidak dapat sentiasa melawat serta berada di sisi anak dan isteri yang kini berada di hospital di Kota Kinabalu," katanya.

Sumbangan ikhlas

Sehubungan itu, Riksi berkata, untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan beliau memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan beban keluarganya itu.

"Sumbangan ikhlas ini adalah untuk membantu dalam kos perubatan anak saya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser ovari tahap tiga.

"Kami berharap sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung keluarga kecil saya," katanya.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaunnya di Bank Simpanan Nasional (BSN) 1200241000113103 atau boleh berhubung terus di talian 010-7644532 dan isterinya, Fallarystia di 010-2608905.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Baru Bergelar Isteri Semula, Kiah Propa Diuji Kanser Suami Sudah Merebak - “Operation Tak Boleh Dibuat Disebabkan…”

gempak
21/11/2024
07:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa berkata doktor memaklumkan kanser yang menyerang suaminya, Mohamad Nazri Ismail kini sudah merebak di beberapa anggota tubuh badan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

“Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh

gempak
26/10/2024
12:50 MYT
Penyampai radio, Elly Mazein berkongsi videonya sempat menziarahi adik Alisa Umairah sebelum kanak-kanak itu melakukan pembedahan terakhirnya di sebuah hospital kerajaan.
Hiburan

Tidak Mahu Berhenti Disini, Elly Mazlein Mahu Sentiasa Ikuti Perkembangan Adik Alisa Umairah - “Saya Akan Tunggu Dia Sehingga…”

gempak
19/10/2024
09:55 MYT
Penyampai radio ERA, Elly Mazlein akui hatinya tersentuh semasa melawat adik Alisa Umairah yang menghidap penyakit kanser mata tahap 4 di Labis, Johor baru-baru ini.
Hiburan

Kak Lina Sebak, Santuni Adik Alisa Umairah Hidap Kanser Mata - "Bila Tengok Gambar, Ya Allah..."

gempak
16/10/2024
10:25 MYT
Penyampai radio, Elly Mazlein sebak ketika menziarahi Alisa Umairah Nur Hisham, seorang bayi berusia setahun 11 bulan yang menghidap kanser mata tahap 4 di Segamat, Johor.
Unitar