Hiburan
"Tangan Menggigil, Hati Libang Libu" - Gemuruh Wany Hasrita Buat Swab Test Covid-19 Selepas Main Badminton Dengan ...
Penyanyi Wany Hasrita mengakui gementar dan berdepan cetik mendebarkan sepanjang menunggu keputusan ujian swab test COVID-19 sejak Selasa lalu.
Hal itu, ekoran Wany bermain badminton dengan kawan sekolahnya yang merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
"Kalau perasan saya kurang buat Instagram Stories sejak Isnin lepas sebab saya membuat swab test di sebuah hospital swasta di Shah Alam kerana kawan sekolah yang bermain badminton sama dengan saya adalah kontrak rapat kepada kawan dia yang positif COVID-19.
"Walaupun laporan dia belum keluar, sebagai langkah berjaga-jaga saya membuat ujian swab test itu bersama ibu saya dan terpaksa membatalkan jadual kerja saya sejak Isnin lepas.
"Ketika mengisi borang tangan saya menggigil-gigil walaupun ibu saya cuba tenangkan saya ketika itu.
"Sebenarnya tak sakit pun, ambil darah dan masuk ubat lagi sakit. Cotton bud yang digunakan pun kecil saja, cuma tekak rasa geli-geli dan nak terbatuk," ceritanya.
Tambah Wany, sebagai persediaan dia telah mengemaskan beg pakaiannya dan menghantar kucing-kucingnya ke klinik haiwan seandainya dia dan ibunya disahkan positif COVID-19.
"Balik rumah saya kemas apa yang patut dan packing beg. Kucing pun sudah hantar ke klinik haiwan untuk dijaga.
"Ketika tunggu panggilan telefon untuk keputusan, rasa berdebar lain macam. Ibu dapat dulu, dia negatif kemudian barulah saya tahu keputusan saya.
"Apabila disahkan negatif, saya maklumkan kepada kawan-kawan saya dan sepanjang tempoh empat hari itu saya rasa sangat mencabar. Detik ini saya akan ingat sampai bila-bila terutama bila fikirkan libang-libu tak tenang itu," tambahnya.
Situasi yang dilalui Wany membuka matanya untuk mensyukuri nikmat Allah dan sentiasa menjaga diri serta orang sekeliling.
"Situasi ini membuka mata saya untuk sentiasa mensyukuri nikmat Allah dan menjaga kesihatan.
"Kalaulah keputusan saya positif, saya berlapang dada dan menganggap itu ujian Allah. Yang penting cara kita pandang ujian itu dalam sisi baik atau tidak," ujarnya.
Must-Watch Video