,
Gaya Hidup

Tandatangan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Perdana Menteri Ke-8, Beliau Adalah….

Azwa Rahman
01/03/2020
17:39 MYT
Jika anda menonton siaran langsung Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri semalam, pasti ada terlihat susuk wanita yang menandatangani surat tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna The Patriots berkongsi wanita yang dimaksudkan adalah Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimum Tuan Mat, Ketua Hakim Negara.
Inilah dia Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara pic.twitter.com/pu6CZPpUfX— The Patriots (@thepatriotsasia) March 1, 2020 Beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.
Berusia 61 tahun dan berasal dari Kelantan, beliau memulakan karier sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan pada 1982 dan dilantik Ketua Hakim Negara setelah 37 tahun berkhidmat.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya tertanya-tanya peranan wanita yang berada di hadapan Tan Sri Muhyiddin Yasin sewaktu prosedur pelantikan sedang berlangsung.
Malah, ramai juga yang mengagumi wanita tersebut yang terkenal dengan sikap berani dan tegas.
“I see. Tanya-tanya juga masa kamera fokus pada dia. Siapakah wanita ini,” tanya seroang wargamaya.
“Segala tanda tanya sudah dijawab. Kesian mak saya asyik tanya tanya siapa tu. Ok dah tahu siapa. Terima kasih!” kata seorang wargamaya.
“Beliau adalah orang yang dihormati sebab ada intergriti, bijak dan buat keputusan berdasarkan undang-undang serta tidak mudah dipengaruhi anasir luar,” puji seorang wargamaya.
“Nanti nak lipat tudung macam tu la. Mesti rasa ada-ada dan rasa macam Ketua Hakim Negara,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, kicauan tersebut telah menerima hampir 12,000 ulang kicau dan 15,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Pada majlis yang berlangsung di Istana Negara semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakar sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.