,
Berita

Tanah Runtuh Di Cameron Highlands, Seorang Maut, 4 Dikhuatiri Tertimbus

Gempak
26/01/2024
02:36 MYT
Seorang lelaki maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Dalam kejadian yang dilaporkan jam 2.51 pagi itu, empat yang lain termasuk seorang wanita dikhuatiri masih tertimbus.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa-mangsa tertimbus.
Menurutnya, anggota terlibat berdepan cabaran apabila terpaksa berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan di lokasi telah menemui seorang lelaki yang tertimbus manakala operasi pencarian mangsa lain masih diteruskan," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia

gempak
26/08/2024
01:25 MYT
13 orang termasuk pasangan Rusia maut dalam tanah runtuh beserta banjir lumpur di pulau peranginan Thailand, Phuket, kata pihak berkuasa pada Ahad, selepas menghentikan pencarian orang hilang.
Berita

Tanah Runtuh Di Kawasan Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dicatatkan

gempak
24/06/2024
06:22 MYT
Satu kejadian tanah runtuh didakwa berlaku di kawasan Gunung Kinabalu, Mesilau, Kundasang, Sabah awal pagi Ahad.
Laman Utama

“Tak Kuat Nak Tengok, Muka Dia Pun Sedih” - Beg Spiderman Kanak-Kanak Dipegang ‘Akak Polis’ Undang Sebak Netizen

gempak
25/12/2022
01:17 MYT
Takziah buat keluarga...
Laman Utama

Tragedi Batang Kali: 2 Lagi Mayat Ditemukan, Seorang Kanak Kanak & Lelaki Dewasa

gempak
21/12/2022
05:34 MYT
Ini perkembangan terbaharu.
Laman Utama

Bunyi Hon Kereta Nak Selamatkan Anak Yang Terkambus, Tapi…

gempak
19/12/2022
01:50 MYT
Syahdunya...