,
Laman Utama

Tanah Jerlus:'150 Anggota SAR Setiap Hari, Kita Sudah Buat Yang Terbaik' - Bomba

Ernalisa
03/09/2024
05:55 MYT
"Sepanjang tempoh sembilan hari operasi SAR itu, kita telah buat yang terbaik."
Itu kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat memaklumkan berkaitan tugas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
BERITA BERKAITAN : TERGAMAKNYA!!! Nadeera - Bukan Lagi Kita (Versi Akustik) | Gempak Jam Session
​BERITA BERKAITAN : Insomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW HighlightsInsomniacks Dapat Idea Di Airport, Nabila Taqiyyah Jatuh Dalam Laut! | GMW Highlights
BERITA BERKAITAN : Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."
​BERITA BERKAITAN : Anding ‘Comeback’ Sebagai Wira, Sedia Takluk Pawagam! | GMW Highlights
Rozihan Anwar berkata, secara purata seramai 150 anggota penyelamat ditugaskan setiap hari dalam operasi itu.
"Terima kasih kepada semua pasukan penyelamat yang terlibat," katanya dalam program Malaysia Hari Ini, pada Isnin.
Memetik laporan Awani, Rozihan Anwar berkata, cabaran bermula pada hari kedua apabila insiden tanah jerlus itu mendapat liputan dunia khususnya di India.
"Kita perlu lihat pelbagai aspek, strategi dan taktikal yang diatur dalam operasi SAR berkenaan supaya tindakan diambil itu tidak dipertikaikan.
"Pasukan penyelamat turut membuat perbincangan teliti pada setiap malam sebelum kita memulakan operasi pada keesokan hari," katanya.
Beliau berkata, selain itu, cabaran besar adalah 'golden time' dalam operasi SAR tersebut.
"'Golden time' iaitu dalam tempoh 24 jam operasi itu, kita hanya ada dua jam untuk memaksimumkan operasi SAR bermula jam 2 pagi hingga 4 pagi.
"Pada jam 2 pagi, paras air dalam saluran mula menurun, sejam kemudian paras air terendah, paras air mula naik pada jam 4 pagi," katanya.
Pada Jumaat, media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) merumuskan operasi SAR dengan kaedah penyelaman adalah terlalu berisiko.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, perkara itu dirumuskan selepas selaman oleh dua penyelam skuba pada jam 4 pagi tidak berhasil.
Beliau dilaporkan berkata, antara faktor risiko yang dikenal pasti ialah aliran air bawah tanah yang deras, ruang yang sempit untuk pasukan penyelamat dan sisa-sisa sampah serta 'backlog' yang keras di kawasan carian.
Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan operasi SAR yang memasuki hari kesembilan ditamatkan serta-merta atas faktor keselamatan semua pihak.
Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, mangsa iaitu G Vijaya Lakshmi, 48, hilang dalam tanah jerlus semasa berjalan kaki di lokasi terbabit.
SUMBER: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Viral

Bomba Potong Dua Cincin Tersekat Pada Kemaluan Lelaki

gempak
17/11/2024
04:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi memotong dua cincin yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah pada Sabtu.
Hiburan

Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian

gempak
15/11/2024
02:25 MYT
Kemunculan penyanyi Vanessa Reynauld mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penonton terutama peminat penyanyi wanita itu.
Hiburan

Berbulan-Bulan Lakukan Solat Sunat Istikharah, Zehra Zambri Tenang Buat Keputusan Sertai GV11 - "Ini Bukan Mudah"

gempak
14/11/2024
05:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11), Zehra Zambri, akui mengalami detik sukar untuk membuat keputusan beberapa bulan sebelum menyertai rancangan realiti hiburan popular itu.
Berita

Sangsi Anak 'Terlalu Cantik' Lelaki Buat Ujian DNA

gempak
14/11/2024
05:25 MYT
Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Unitar