,
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

Awani
01/09/2024
09:56 MYT
Berdepan tragedi ahli keluarga 'ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata bukanlah satu realiti yang mudah diterima, apatah lagi tidak berkesempatan untuk menatap wajah insan tersayang itu buat kali terakhir.
Namun ahli keluarga G Vijaya Laksmi, 48, rakyat India yang hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini pada 23 Ogos lalu terpaksa akur dengan 'lukisan takdir'.

BERITA TRENDING: Masjid India Serupa 'Pekan Koboi', Lengang Tanpa Pengunjung Seperti Dahulu

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mereka akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air pada Ahad, iaitu sehari selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.
Sebelum pulang, suami, anak lelaki dan adik perempuan Vijaya Laksmi ke lokasi tanah mendap itu buat kali terakhir untuk melakukan upacara keagamaan.
Mereka menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng sebagai sebahagian daripada upacara ritual Hindu.
Mereka turut dilihat mengambil segumpal tanah dan dimasukkan ke dalam beg plastik, barangkali untuk dibawa pulang ke India.
Difahamkan mereka akan bertolak pulang ke India jam 5 petang ini.
Pada 23 Ogos lalu, mangsa yang berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.
Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan kerajaan memutuskan untuk menghentikan operasi SAR wanita itu selepas melakukan pelbagai usaha selama sembilan hari.
Beliau menjelaskan, keputusan itu diambil selepas kerajaan mengambil kira isu keselamatan membabitkan pasukan SAR, orang ramai dan kawasan sekitar.

BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Keselamatan Faktor Utama, Operasi SAR Dihentikan Hari Ini

BERITA TRENDING: Lelaki Peluk Islam Selepas Hampir Terjatuh Tanah Jerlus Masjid India

BERITA TRENDING: Bisnes Merosot, Sarine Antara Peniaga Yang Terkesan Dengan Insiden Tanah Jerlus Jalan Masjid India

Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar