,
Hiburan

Tan Sri P. Ramlee Jadi Ilustrasi Google Doodle

Syafiqah Jalal
22/03/2017
08:09 MYT
Mengenang kembali ulangtahun kelahiran ke-88 seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee, enjin carian terkenal Google menampilkan beliau sebagai ilustrasi doodle hari ini.
Imej P. Ramlee ditampilkan dengan duduk di atas kerusi pengarah memegang lembaran muzik dan sebuah pelaung suara. Sebuah gitar pula disandarkan pada bahagian belakang kerusi tersebut.
Mengukuhkan lagi ilustrasi tersebut, bintang terkemuka itu disarungkan sut berkotak ala retro dan bermisai nipis sambil wajahnya menoleh belakang memandang pelayar Google.
"Bintang legenda itu dilahirkan pada tarikh ini (22 Mac) 88 tahun lalu. Pencapaian luar biasa P. Ramlee telah membekaskan memori paling bernilai dalam sejarah budaya Malaysia," tulis Google menerangkan ilustrasi doodle itu.
P. Ramlee atau nama sebenarnya Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis lirik dan pemuzik prolifik yang telah menghasilkan 60 buah filem dan 250 buah lagu sepanjang hidupnya.
Seniman itu telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat serangan jantung dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Google menghasilkan doodle hanya dalam tempoh tertentu untuk meraikan pencapaian seseorang individu, meraikan perayaan dan keraian popular.
Selain P. Ramlee, Google pernah menjadikan dua ikon tanah air lain sebagai ilustrasi doodle.
Pada 13 November 2014, bintang bola sepak tempatan, Datuk Mokhtar Dahari dipilih untuk menghargai sumbangan beliau dalam sukan tersebut.
Manakala, pada 7 Januari 2014, pengarah filem dan penulis skrip terkenal Yasmin Ahmad diangkat menjadi ikon Google doodle.
Teks oleh: Amri Hassan Kredit: Google, Free Malaysia Today
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mengarah, Berlakon & Menerbit! Syakir Daulay Mahu Jadi Seperti P.Ramlee - "Ya Bukan Mudah"

gempak
27/11/2023
11:35 MYT
Tampil dengan karya sulung Imam Tanpa Makmum.
Laman Utama

Google Doodle Kenang Pencipta Keluang Man, Ini Empat Fakta Menarik Tentang Allahyarham Kamn Ismail

gempak
09/02/2023
16:00 MYT
Google Doodle meraikan hari kelahiran ke-67 tokoh terkemuka dalam dunia animasi Malaysia, Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail pada Rabu.
Laman Utama

Sifatkan Allahyarham P.Ramlee Genius, Melly Goeslaw Hampir Beri Anak Nama Sazali

gempak
30/11/2022
02:52 MYT
Sazali adalah watak yang dimainkan Seniman Agung itu, Anakku Sazali
Laman Utama

Melly Goeslaw, Suami Buat Apa Di Pusara P. Ramlee & Saloma?

gempak
29/11/2022
08:55 MYT
Melly Goeslaw bersama suaminya, Anto Hoed dilihat meluangkan masa sekitar setengah jam menziarah pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Saloma
Laman Utama

"Tak Tergamak Saya Reka Cerita Tak Benar" - Sissy Imann

gempak
19/10/2022
03:50 MYT
Ada ajak Sissy Imann tipu bercinta.