,
Hiburan

Tan Cheong Min Menang Anugerah Jagoan Nadi Arena 2019, Tewaskan Azizul Hasni Awang & Farah Ann

Hanafis Haris
22/02/2020
07:34 MYT
Atlet wushu Tan Cheong Min membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Jagoan Nadi Arena 2019, sekali gus menewaskan nama-nama besar dunia sukan negara.
Cheong Min mengalahkan atlet lain termasuk Azizulhasni Awang, Farah Ann, Mohd Haiqal Hanafi, S Kisona dan S Suresh.
Tidak cukup dengan itu, Cheong Min juga mencipta sejarah tersendiri apaba menjadi atlit wushu pertama negara dinobatkan anugerah berkenaan.
Cheong Min mengumpul 29 peratus undian keseluruhan fasa kedua iaitu membabitkan senarai enam atlit finalis.
Kejayaan atlet berusia 22 tahun ini dipacu kemampuannya raih pingat emas acara nandao pada Kejohanan Wushu Dunia di Shanghai, China, Oktober tahun lalu.
Malah, dia turut raih perak dalam nanquan dan dual event.
“Kejayaan ini bukti atlit wushu mampu berada setaraf dengan jaguh utama negara. Malah, ia membakar semangat saya untuk menghadapi jadual padat sepanjang 2020.
“Saya akan berusaha untuk raih lebih banyak kejohanan tahun ini walaupun wushu tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020," katanya ketika ditemui Gempak di Studio Astro Arena, hari ini.
Untuk makluman, kempen AJNA 2019 telah pun bermula sejak 21 Januari lalu membabitkan dua fasa.
Fasa pertama membabitkan undian peminat di laman sosial Astro Arena untuk memilih lima atlit terbaik.
Namun apa yang menariknya ketika peringkat ini, Cheong Min tiada dalam senarai.
Panel khas AJNA 2019 kemudian membuat kejutan dengan memberi imuniti kepadanya, sekali gus menjadikan jumlah final merangkumi enam atlit terbaik.
Fasa kedua kemudian membabitkan undian persatuan sukan kebangsaan (40%), panel khas (30%) dan peminat di laman sosial Astro Arena (30%).
Secara keseluruhan, AJNA 2019 mencatat rekod baru dengan 72,860 undian di semua platform mengatasi jumlah tahun lalu iaitu lebih 45,000 undian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Struggle, Tak Rasa Kaki Belajar Sukan Lawan Pedang

gempak
05/09/2024
12:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.