gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tampil Seksi Di “The Ruby Experience”, Jennie BLACKPINK Dikritik Peminat - “Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
09/03/2025
17:55 MYT
Sponsor Banner
Tampil Seksi Di “The Ruby Experience”, Jennie BLACKPINK Dikritik Peminat - “Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa”
Penampilan Seksi Jennie BLACKPINK Dii 'The Ruby Experience' Cetus Kontroversi
Penampilan penyanyi Jennie dalam jelajah solo pertamanya, The Ruby Experience, telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan netizen, khususnya di Korea.
Sejak konsert sulungnya berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Jennie menjadi topik hangat di media sosial.
Salah satu aspek yang paling diperkatakan ialah pilihan pakaian pentasnya yang telah menerima pelbagai reaksi.
Walaupun peminat antarabangsa memuji persembahan serta kehadiran pentas Jennie yang memukau, netizen Korea memberikan pandangan berbeza.
Mereka menganggap gaya fesyen Jennie di konsert tersebut terlalu terdedah dan tidak sesuai dengan imejnya. Malah ada diantara mereka yang menyatakan rasa kecewa terhadapa Jennie kerana tampil dengan gaya tersebut.
"Ini bukan gaya saya."
“Nampak terlalu terdedah.
“Saya tak tahu nak cakap apa.
"Saya faham konsep fesyen yang Jennie cuba tonjolkan, tetapi ia tidak sesuai dengannya.
"Isunya bukan kerana ia terdedah, tetapi pakaian itu membuatkan bentuk tubuhnya kelihatan pelik." "Mungkin saya terlalu konservatif, tapi tarian dan pakaian ini nampak terlalu terbuka,” komen netizen.
Sekadari info, Jennie secara rasmi memulakan jelajah solonya, The Ruby Experience, bagi meraikan pelancaran album solo debutnya, Ruby.
Selain daripada Los Angeles, Jennie juga akan menjelajah ke dua lagi lokasi iaitu New York dan Seoul pada 15 Mac 2025.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Jennie Blackpink
#The Ruby Experience
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement