,
Laman Utama

Tampil Gaya Rajnikanth! Spice Boy, Yung Raja Dedah Dimensi Budaya Baru Hip Hop Asia

Mya Amri
01/08/2021
12:45 MYT
Penyanyi rap Singapura, Yung Raja kembali dengan single baru berjudul Spice Boy.
Spice Boy merupakan single Tamil-Inggeris yang dihasilkan dengan satu penerokaan dengan budaya Asia Selatan diselitkan secara suka-suka bersama budaya hip hop Barat. Semuanya disatukan oleh permainan kata dwibahasa yang radikal, dan dikukuhkan oleh penghasilan ‘trap’ yang hebat.
Menurut Yung Raja, sudah tiba waktunya untuk menerima semua identiti budaya dari pelbagai dimensi dalam hip hop Asia.
"Sejak saya kecil, saya selalu bangga dengan budaya – asal usul, bahasa ibunda saya dan semua yang menjadikan saya ‘saya’.
"Belajar menerima kesemua perkara itu dari usia yang sangat muda, adalah salah satu sebab dwibahasa diselitkan dalam seni saya.
“Seorang budak lelaki yang boleh bertutur dalam dua bahasa, dilahirkan di Singapura dan dibesarkan oleh ibu bapa yang berasal dari India Selatan, inilah diri saya.
"Saya masih ingat, pertama kali mengenali muzik hip hop adalah ketika berumur 10 tahun, sehingga meninggalkan kesan dan paling kuat secara kreatif dalam diri saya. Itu adalah titik awal identiti dan suara saya bersatu dengan budaya hip hop.
“Untuk single kelima saya, FlightSch, RIIDEM dan saya bersama-sama mencipta bunyi yang saya biasa, aneh, luar biasa dan bertenaga,” jelasnya.
Menariknya, pemilik nama Yung Raja ini pasti menghidangkan sesuatu yang luar biasa setiap kali menghasilkan single.
Dengan kehadiran ‘mad vibes’ yang ditingkatkan oleh Vadbibes, atau pengarah dan rakan kerjasama lama Jasper Tan, video sinematik selama tiga minit ini menggabungkan aksi gila-gila, rambut palsu keriting, kostum angin sumo dan gambar ‘closeups’ yang menjengkelkan.
Semuanya dirakam indah dengan kepakaran Tan. Kelucuan ditonjolkan pada lokasi yang luar biasa yang kelihatan seperti Hollywood, tetapi Yung Raja mencuri perhatian dengan menerapkan gaya kasar Rajnikanth.
Spice Boy kini boleh didapati di semua platform striming. Video muzik rasmi telah dilancarkan pada Jumaat lalu di saluran YouTube Yung Raja.
Untuk info, Yung Raja pernah membuat penampilan dalam rancangan Jimmy Fallon untuk single Mami.
Disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 artis NME pada tahun 2021, rapper Yung Raja juga digelar sebagai artis hip hop avant-garde Asia Tenggara yang seterusnya.
Yung Raja juga terkenal dengan hasil kerjanya yang menggabungkan budaya Inggeris dan Tamil dalam liriknya.
Dia menjadi viral di Asia setelah melancarkan serangkaian single termasuk Mustafa, Mad Blessings, The Dance Song dan Mami yang mendapat pujian dari orang-orang hebat seperti Lupe Fiasco dan M.I.A.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Hiburan

A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"

gempak
09/07/2024
15:41 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal India, A.R Rahman berkongsi momen nostalgik bersama Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson ketika hayatnya sekitar 15 tahun lalu.
Hiburan

AR Rahman Tak Bersendirian, Ini Barisan Penyanyi Undangan Yang Akan Bersama-Sama Di Stadium Nasional Bukit Jalil 27 Julai Nanti!

gempak
26/06/2024
09:50 MYT
Legenda muzik AR Rahman tidak akan bersendirian kerana beliau akan ditemani dengan barisan penyanyi terkenal sempena AR Rahman Live In KL Pada 27 Julai nanti.
Hiburan

Jadi Sensasi di Media Sosial, MC Baba Rapper Pekak & Bisu Pertama Di Dunia?

gempak
08/06/2024
12:54 MYT
Barangkali ramai yang tidak terfikir bagaimana seorang individu kurang upaya (OKU) pekak dan bisu boleh menjadi rapper atau penyanyi?
Hiburan

Ezra Kairo Gembira Lagu Campuran Bahasa Tamil dan Melayu, Oh My Kadhale Terima Sambutan Hangat

gempak
29/05/2024
13:55 MYT
Penyanyi baharu, Ezra Kairo gembira kerana single terbaharunya bersama penyanyi, Zubir Kham, Oh My Kadhale atau OMK diterima baik oleh pendengar di Malaysia.