,
Laman Utama

Talbis Iblis: “Cukur Rambut, Solekan 4 Jam..." - Salute! Zul Ariffin Tak Kisah Jadi Hodoh Demi Watak

Mya Amri
18/10/2022
05:59 MYT
Pelakon Zul Ariffin mempertaruhkan watak Nasir dalam filem seram terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis.
Menariknya, penampilan Zul ketika melakonkan karakter itu agak berlainan dengan watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
Menurut Zul, dia membuat perubahan apabila muncul dengan imej botak dan wajah yang berparut.
“Untuk filem ini saya juga turut memberikan beberapa idea untuk memberikan impak pada watak Nasir.
"Antaranya cukur rambut dan juga jambang. Saya minta pihak produksi menghasilkan kesan solekan khas umpama kulit wajah seakan terbakar.
“Sebenarnya setiap hari saya kena cukur rambut kalau tidak, solekan kesan khas itu tidak melekat dengan betul.
“Proses solekan juga mengambil masa empat jam. Seksa memang seksa tapi saya puas hati dapat menjayakan watak itu.
“Saya tidak kisah kalau wajah saya hodoh demi sesuatu karakter, sekurang-kurangnya saya dapat menjayakan watak yang agak berlainan dengn sebelum ini,” katanya ketika ditemui Gempak.
BACA: Talbis Iblis: No More Abang Kacak! Wajah Bengis, Berparut & Kepala Botak, Lain Betul Zul Ariffin, Peminat Okay Tak Tu?
Selain Zul, filem arahan Kabir Bhatia ini menampilkan pelakon hebat antaranya Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Sherie Merlis dan Jay Iswazir.
Filem ini diterbitkan oleh Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.
Talbis Iblis bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 20 Oktober ini.
Sinopsis:
Talbis Iblis mengisahkan tentang seorang gadis dikenali sebagai Hajar yang dihantar ke sebuah tempat jauh dari kota untuk melahirkan bayi secara rahsia.
Seorang bidan, Mak Ju menjaga Hajar, namun dia mempunyai perancangan lain terhadap gadis itu.
Kemudian terjadinya kisah-kisah misteri yang melibatkan Hajar dan Mak Ju di rumah berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Hiburan

“Dia Rasa Dia Boleh Buat, Tapi Bila Masuk Set…”- Zul Ariffin Sependapat Dengan Ruzaidi, Pelakon Baharu Perlu Ada Asas Pertarungan

gempak
31/08/2024
21:55 MYT
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulklifi Ariffin,38, tidak dinafikan ramai ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik namun apabila beraksi di hadapan kamera, fizikal itu tidak digunakan sebaiknya.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.