,
Viral

Takut Dosa, Dahlia Rizal Cuba Dulu Produk Sebelum Terima Jadi Duta - "Menipu Tak Bagus"

Amri Hassan
16/06/2024
00:00 MYT
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal enggan menanggung dosa dan bimbang azab di akhirat dengan menipu pengguna menerusi reviu produk yang tidak dicubanya terlebih dahulu.
Jelas Dahlia, kesedaran itu timbul selepas dia menghadiri kelas agama bersama suaminya, pelakon, Imran Aqil baru-baru ini.

“Saya tidak mahu tanggung dosa dan takut di akhirat nanti. Dalam kelas agama itu, ustaz mengatakan saya akan mendapat dosa besar jika menipu dalam membuat ulasan (review).

“Contoh jika sesuatu produk itu tidak bagus atau makanan tidak sedap, tetapi saya menipu kata bagus. Bayangkan jika 100,000 orang yang beli produk atau makanan itu hanya kerana melihat ulasan yang saya lakukan.
“Saya akan mendapat dosa besar daripada setiap orang yang beli kerana saya.
"Dulu semasa muda tidak berfikir panjang dan kejar duit sahaja, sekarang saya sedar tanggungjawab seorang pempengaruh sangat besar,” kata Dahlia selepas sidang akhbar pelantikannya sebagai duta terbaharu produk makanan kesihatan K-Colly di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

2 bulan cuba sendiri

Berbicara tentang pelantikannya sebagai duta K-Colly, Dahlia mendedahkan dia mencuba sendiri produk tersebut selama hampir dua bulan sebelum membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama popular itu.
“Saya tidak suka makan ubat dan tidak pernah mengamalkan sebarang suplemen untuk kulit wajah. Jadi, saya cuba sendiri dan lihat keberkesanannya sebelum bersetuju untuk jadi duta.
“Sebab produk suplemen kita makan akan masuk dalam badan, saya tidak akan promosi produk yang tidak selamat digunakan. Saya yakin K-Colly memang selamat untuk diamalkan sebagai makanan kesihatan tambahan untuk kulit,” jelas Dahlia.

BERITA TRENDING: Bukan Duta Produk Pro-Israel, Dahlia Rizal Mohon Maaf - “Saya Hanya Model..”

BERITA TRENDING: Didakwa Baru Kongsi Tentang Palestin, Dahlia Rizal Rasa Seperti Difitnah

BERITA TRENDING: "Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal

Susah hafal skrip

Disoal tentang karier, kata Dahlia dia ada menerima tawaran lakonan tetapi masih belum yakin untuk menjadi seorang pelakon kerana sukar untuk menghafal skrip.
Bahkan suaminya, Imran Aqil tidak menggalakkan untuk Dahlia terjun ke dunia lakonan.
"Saya berminat untuk mencuba tetapi suami tidak galakkan sebab dia tahu saya sukar untuk menghafal skrip. Suami juga tidak mahu saya berlakon jika drama ada hero atau love story.
"Jadi, daripada menyusahkan produksi dan dimarahi pengarah lebih baik tidak berlakon buat masa ini," katanya.

BERITA TRENDING: Abang Ipar Dahlia Rizal, Nabil Aqil KANTOI Text Skandal? | GMW: What’s In Your Phone

BERITA TRENDING: “Dulu Selalu Lihat Dari Jauh, Belum Mampu Nak Beli” - Imran Aqil Percaya Rezeki Selepas Kahwin

BERITA TRENDING: Dahlia Rizal Tak Selesa Peminat Tarik Tangan Kuat-Kuat, Pegang Kulit Muka Tanpa Izin - "Jangan Pula Anggap I Sombong"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.