,
Laman Utama

Takut Berlakon Filem Seram, Nadiya Nisaa Dedah Kisah Disebalik Tawaran ‘Harum Malam’ - “Akhirnya Saya Terima Selepas Mereka Menipu…”

Asyikin Mayudin
23/12/2022
02:55 MYT
Pelakon Nadiya Nisaa mengakui dia selalu menolak tawaran untuk membintangi naskhah seram sebelum ini disebabkan dibelenggu perasaan takut yang sukar diatasi.
Bagaimanapun, Nadiya akhirnya berubah hati apabila menerima tawaran untuk terlibat dalam filem seram arahan pengarah Dain Said iaitu Harum Malam buat pertama kali.
“Harum Malam merupakan filem seram pertama saya… sebenarnya mula-mula saya menolak tawaran itu dan ikutkan sebenarnya saya selalu tolak tawaran filem seram.
“Sebab saya ini sebenarnya seorang yang penakut. Bila penerbit menyatakan hasrat bahawa Dain Said mahu saya membawakan watak Dina dalam filem ini, saya tolak.
“Walaupun saya sangat mengagumi Dain dan mahu terbabit sama dalam karyanya, saya terpaksa menolak. Tapi akhirnya saya terima tawaran itu selepas mereka ‘menipu’ saya sedikit,” katanya kepada Gempak.
Nadiya ditemui ketika sesi temu bual eksklusif bersama media di Restauran Alexis, Great Astern Mall, Ampang, Kuala Lumpur pada semalam.
Berkongsi mengenai taktik ‘menipu’ yang dimaksudkan, Nadiya memberitahu dia hanya dimaklumkan memegang watak Dina yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional dan mempunyai deria keenam.
“Mereka kata, saya watak saya itu bukan watak hantu atau dihantui, sebaliknya saya hanya perlu menghidupkan watak Dina, seorang pengamal perubatan yang mempunyai deria keenam.
“Sebab itulah saya terima, tapi bila sampai set, tak sangka pula saya kena juga buat solekan khas untuk menjayakan watak saya,” ujarnya lagi.
Filem Harum Malam bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari depan.
Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, watak yang dihidupkan oleh Idan Aedan, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia.
Keupayan luar biasa ini mengakibatkan lqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib.
Satu peristiwa menyebabkan rakan-rakan dan keluarga lqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang bahaya. Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.
Filem terbitan Apparat dan kerjasama dengan D'Ayu Pictures dan Skop Productions ini turut dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Berita

Bunuh Orang Demi Keseronokan, Lelaki Jadikan Mangsa Daging Burger Sebelum Jual

gempak
19/08/2024
21:55 MYT
Seorang pembunuh bersiri di Baltimore, Joe Metheny, yang aktif sekitar tahun 1990-an, didapati bersalah membunuh dua wanita dan mengaku telah membunuh lebih ramai mangsa.
Viral

Mahu Buktikan Diri Tak Bersalah Kes Bunuh, Lelaki Lakukan Sumpah Pocong

gempak
11/08/2024
15:20 MYT
Seorang lelaki yang selesai menjalani hukuman penjara susulan dikaitkan dengan kes pembunuhan Vina di Cirebon pada 2016, tampil melakukan perbuatan 'sumpah pocong' bagi membuktikan bahawa dia tidak terlibat dalam kes tersebut.