,
Hiburan

“Takkan Sampai Umur 70 Tahun Saya Nak Jadi Puteri Lagi” - Comelnya Komen Tiara Jacquelina Tentang Gusti Puteri

Mya Amri
25/11/2019
11:26 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina berharap orang ramai akan menerima watak Gusti Putri yang bakal digalas oleh pelakon lain untuk pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020).
Menurut Tiara, dia berharap Puteri Gunung Ledang akan sentiasa segar di ingatan penonton walaupun dengan barisan pelakon baru.
“Memang ada sedikit tekanan, setiap hari jadi igauan tapi tak tahulah bagaimana orang akan membandingkan yang lama dengan yang baru.
“Tetapi saya harap mereka akan menerima dengan baik dan berikan reaksi positif, sebab kita pun kena ‘move on’. Saya pun takkanlah sampai umur 70 tahun nak jadi puteri lagi, tidak sesuai pula dengan watak itu.
“Saya rasa wajar untuk Puteri Gunung Ledang ini sentiasa diceritakan turun-temurun dengan pelakon baru supaya segar diingatan dan juga penonton-penonton baru.
“Bagi yang dah menonton yang terdahulu, mereka boleh bawa anak-anak mereka datang tonton PGL versi baru supaya anak-anak kita membesar tidak hanya kenal Cinderella, Moana dan Hercules,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem sejarah epik popular pada tahun 2004 yang diarahkan oleh Saw Teong Hin.
Selain Tiara, filem tersebut dibintangi oleh nama-nama besar antaranya Datuk M.Nasir, Adlin Aman Ramli, Sofea Jane dan Khir Rahman.
Ekoran daripada kejayaan filem tersebut, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya pada tahun 2006.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiket Terjual Lebih 6,000 Tapi Siapa Pelakon PGL? Tak Sabarnya!

gempak
17/01/2020
09:13 MYT
Hiburan

Duduk Berseorangan, Resah Dan Termenung, Macam Ni Rupanya Bila Remy Ishak Nervous Datang Audition PGL

gempak
26/11/2019
23:16 MYT
Hiburan

“Some Of You Were Really Good” – Tiara Jacquelina Dah Mulakan Ujibakat PGL, Oh My… Tak Sabarnya!

gempak
21/11/2019
10:03 MYT
Hiburan

“Boleh Menyanyi, Menari Tarian Jawa & Bertutur Bahasa Indonesia” – Antara Kriteria Gusti Putri Yang Dicari Tiara Jacquelina Untuk PGL

gempak
17/10/2019
08:59 MYT
Hiburan

Magis Kembali, Puteri Gunung Ledang The Musical Is Back! Tak Sabarnya!

gempak
15/10/2019
14:39 MYT