,
Laman Utama

“Tak Wajar Jadi Artis, Idola Atau Apa Sahaja!” - Netizen Saran Boikot Hafidz Roshdi Keluar TV?

Mya Amri
05/03/2023
23:45 MYT
Tindakan pelakon, Hafidz Roshdi menyerang isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mengundang rasa marah netizen.
Disebabkan itu juga netizen mencadangkan pihak produksi atau mana-mana stesen televisyen memboikot artis bermasalah itu.
Rata-ratanya meluahkan rasa geram dan berpendapat pelakon yang mempunyai sikap buruk dan melakukan keganasan terhadap wanita atau isteri seperti itu wajar digam daripada berlakon.
Netizen juga berpendapat sekiranya tidak diambil tindakan, perkara seperti itu juga akan memberikan tanggapan buruk terhadap industri hiburan tanah air.
Malah perkongsian seorang individu yang dikenali sebagai Khairul Hakimin Muhammad di Facebook ini juga turut bersetuju dengan coretannya.
“Wajib cancel Hafidz Roshdi. Beliau tak wajar menjadi idola, ikon, artis atau apa sahaja bawaan imej di mana-mana layar, tv, pawagam atau streaming mana-mana termasuk media sosial,” tulisnya.
Manakala komen netizen pula adalah:
“Setuju 100%… Harap produser Malaysia jangan bagi job dekat dia... Walau sesiapa yang ada kelakuan tidak bermoral, jangan bagi job,”
“Betul! Buat macam negara Indonesia. Kalau artis tu ada buat perangai, banned je dari stesen TV atau radio,”
“Setuju… Harap semua producer cakna hal ni. Biar dia sedar diri,”
“Setuju… Tak elok sangat untuk jadi ikutan orang gitu. Contoh yang tidak baik,”
Terdahulu, kemelut rumah tangga Shuhada bersama Hafidz semakin kronik apabila keluarganya mengesahkan dia ditumbuk tiga kali oleh pelakon itu selepas berlaku pertengkaran.
Keluarga Nurul Shuhada turut mendakwa wanita itu ditumbuk tiga kali pada bahagian muka selepas berlaku pertengkaran.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Hafidz melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu.
Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.
Dalam perkembangan lain, polis memanggil Hafidz yang dilaporkan menumbuk isteri dalam kejadian di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

Aksi Pelakon Vampire Diaries Boikot Produk Antarabangsa Curi Tumpuan Ramai - "Saya Tak Minum Kopi Ini"

gempak
21/11/2024
14:25 MYT
Dalam sebuah video yang tular di media sosial, Malarkey dilihat mengalihkan kopi tersebut selepas menyedari minuman itu adalah daripada Starbucks.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar