HIBURAN
Tak Tahan Kena Buli Cyber, Jennifer Coppen Unfollow Akaun Aishar Khaled
Jennifer Coppen akhirnya mendedahkan tindakan dirinya kini tidak lagi mengikuti akaun rakan pempengaruh terkenal dari Malaysia yang selalu dikaitkan dengan dirinya, Aishar Khaled.
Menurut Jennifer tindakan itu diambil bukan kerana hubungan baik di antaranya mereka sudah renggang atau dia membenci Aisar tetapi lebih kepada ‘menyelamatkan’ diri sendiri.
Menerusi sebuah konten yang dikongsi di Instagram peribadinya, Jennifer mendakwa berhenti mengikuti Aisar kerana menerima buli cyber dalam kalangan peminat fanatik pemuda itu.
“Saya memutuskan untuk berhenti mengikuti bukan kerana benci tapi penat dibuli , dibanding-bandingkan dan dikecam peminat Aisar,” ujar Jennifer seperti dilaporkan Viva.co.id.
Menurut janda anak satu itu juga dia tidak tahan kerana kehidupan peribadinya selalu ‘diusik’ oleh peminat fanatik Aisar.
“Walaupun saya sudah beribu kali menjelaskan hubungan dengan Aisar hanya sebatas kawan dan anggap dia seperti keluarga tapi peminatnya selalu menyalahkan saya seperti menyorokkan kenyataan kami bercinta.
“Itu tidak benar. Kami hanya kawan. Saya sudah anggap dia seperti keluarga,” tegas Jennifer.
Meski sudah tidak lagi mengikuti di media sosial, wanita berusia 23 tahun itu masih bersahabat baik dengan Aisar.
“Kami masih berbual seperti biasa, masih baik. Saya rasa biar persahabatan kami menjadi lebih privasi selepas ini,” kata Jennifer.
Must-Watch Video