VIRAL
Tak Tahan Diejek Orang Kampung, Bapa Tembak Pemain Tenis India
Seorang pemain tenis India, Radhika Yadav, meninggal dunia selepas ditembak oleh bapanya sewaktu sedang membuat sarapan pagi di kediaman mereka di Gurugram, Delhi, India.
Yadav meninggal dunia pada usia 25 tahun selepas tiga peluru menembusi bahagian belakang badan selepas ditembak oleh bapanya, Deepak Yadav menggunakan senapang berlesen miliknya sekitar pukul 10.30 pagi waktu tempatan.Mangsa cuba diselamatkan oleh saudara dengan membawanya ke hospital namun diumumkan sah meninggal dunia, lapor The Independent.
Deepak yang sudah ditahan pihak berkuasa memberi alasan mengejutkan di sebalik tindakan membunuh anaknya telah mewakili India dalam banyak pertandingan tenis di peringkat antarabangsa.
Kepaada polis, dia mengaku membunuh Radhika kerana tidak tahan menerima ejekan daripada orang kampung selepas anak perempuannya itu membuka akademi polis. Dia mendakwa diejek kerana memakan hasil kerja anaknya.
“Ada dalam kalangan mereka juga mempersoalkan tentang karakter anak saya. Saya sudah beberapa kali mendesak dia menutup akademi itu tapi dia menolak,” ujar kenyataan Deepak.
Mangsa diketahui telah membuka akademi tenis selepas mengalami kecederaan. Radhika kemudian memperoleh pendapatan menerusi akademi yang dibuka, penampilan di media sosial dan terlibat dengan komersial yang lain.
Sementara itu, ibu mangsa enggan memberi kerjasama menerusi kenyataan bertulis kerana mendakwa berada di dalam bilik yang berkunci akibat sakit sewaktu insiden berlaku.
Must-Watch Video