,
Laman Utama

“Tak Solat Langsung, Rindu Ibu Bapa..” - Hidup Merata, Ebit Lew Santuni Anak-Anak Punk Jakarta

Azwa Rahman
19/09/2022
18:48 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya melakukan pertemuan empat mata bersama anak-anak punk di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Ebit meluahkan rasa sebak apabila berjumpa dengan dua orang anak punk yang penuh bertatu serta kelihatan ganas.
Tidak hanya itu, Ebit turut berkongsi momen sewaktu pertemuan tersebut untuk tatapan umum.
“Sebak sayu rasa jumpa dua orang anak punk ini di Jakarta. Tatu penuh sampai mata putih pun bertatu.
“Mula-mula tengok rasa terkejut. Nampak ganas di jalan,” katanya di sini hari ini.
Menurut Ebit, dia tidak menyangka pemuda berwajah ganas itu menangis ketika dia berbual dan berkongsi nasihat.
Difahamkan mereka berdua hidup gelangangan di bawah jambatan di kawasan sekitar.
Malah, Ebit turut mengajak mereka balik ke rumah kebajikannya, rumah kasih umat di Jakarta.
“Terus ajak berbual-bual dan berkongsi nasihat. Tak sangka mereka menangis.
“Mereka hidup di bawah jambatan dan hidup merata. Kami bawa balik ke rumah kasih umat kami di Jakarta. Makan bersama. Kemudian ajak solat,” katanya.
Jelas Ebit lagi, anak-anak punk itu turut mengaku bahawa kali terakhir mereka menunaikan solat ialah semasa masih kanak-kanak.
“Kami dah tidak solat langsung. Solat zohor bersama tadi. Katanya inilah solat pertama kami setelah sekian lama. Berbual rindu ibu bapa.
“Mereka cuma anak-anak yang baik. Bertambah keluarga kasih umat kami di Indonesia,” tambahnya.
Dalam pada itu Ebit memberitahu, golongan itu turut meluahkan perasaan rindu, kasih dan sayang pada Allah SWT.
“Insya-Allah mereka ingin bersama keluar tiga hari di jalan Allah SWT,” ujarnya.
Sementara itu di ruangan komen, usaha tersebut mendapat reaksi yang positif daripada wargamaya yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang dihulurkan.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 103,000 tanda suka dan 1.2 juta tontonan oleh pengikutnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Hiburan

Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam

gempak
06/06/2024
09:25 MYT
Pihak pembelaan Ebit Lew memberitahu bahawa, pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah terkenal itu.
Viral

"Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

gempak
06/06/2024
07:57 MYT
Wanita yang pernah dibantu oleh dermawan terkenal, Ebit Lew iaitu Mondy Tatto berkongsi perkembangan terkini dirinya.
Laman Utama

“Kalau Ini Penipuan, Buat Apa Saya Nak Seksa Diri Untuk Bela Orang Dari Kasta Rendah” - Caprice

gempak
20/09/2023
09:28 MYT
Doakan semuanya dipermudah.