Terkini

Tak Serik Untuk Berkahwin Lagi, Raf Yaakob Akan Lebih ‘Cerewet’ Pilih Pasangan - “Cuma Kali Ini Seperti Dalam Al-Quran…”

gempak
Ernalisa
17/01/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Serik Untuk Berkahwin Lagi, Raf Yaakob Akan Lebih ‘Cerewet’ Pilih Pasangan - “Cuma Kali Ini Seperti Dalam Al-Quran…”
Selebriti dan juga ahli perniagaan Raf Yaakob mengakui dia tidak menolak jodoh andai ditakdirkan untuk berkahwin buat kali ketiga.

BERITA BERKAITAN: "Move On Sentiasa Susah, Tapi Allah Ada Rancangan Lebih Baik" - Raf Yaakob

BERITA BERKAITAN: Hafiz Suip Sedia Lepaskan Isteri, Harap Proses Bercerai Berjalan Lancar - “Kami Memang Dah Tak Ada Persefahaman

Bagaimanapun, adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob ini memberitahu dia perlu lebih 'cerewet' untuk mencari pasangan pada kali ini.
"Cerewet itu bukan maksud saya dia perlu cantik atau sebaliknya. Cuma kali ini seperti dalam Al-Quran kita perlu lihat pada empat perkara.
"Antaranya kita perlu lihat akhlak, keturunan mahupun hartanya. Tetapi yang lebih penting ialah akhlak,” katanya kepada Gempak ketika ditanya adakah dia serik untuk berkahwin atau tidak.
Dalam pada itu, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkata, bagaimanapun setakat ini hatinya belum diisi mana-mana wanita.
"Tetapi saya mengaku, saya ada berkawan. Cuma sekadar berkawan dan tidak lebih. Jika ada pun seperti saya kata saya perlu cerewet untuk memilih.
"Tak serius pun, kalau kali ini saya nak berkawan dan untuk ke peringkat seterusnya memang saya perlu pilih betul-betul," katanya.
Raf tanpa berselindung berkata, hidupnya juga sunyi sejak berseorangan, namun reda dengan ketentuan takdir.
"Betul memang sunyi sebab kita pernah berumah tangga. Sebab itu sekarang ini saya sibukan diri dengan berniaga jual buah durian.
"Alhamdulilallah sambutan amat baik. Selain itu saya rajin buat live di TikTok. Sekurang-kurangnya masa terluang itu terisi," katanya.
Tidak mahu menoleh kebelakang dengan kegagalan rumah tangga sebelum ini, apa yang penting dia ingin melihat anak-anak berjaya.
"Buat masa sekarang saya nak anak-anak membesar dengan baik dan dapat pelajaran dunia akhirat sebaiknya,"ringkasnya.
Sekadar info, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 4 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.
Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada November 2023.
Selain itu, Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024