,
Berita

Tak Serik! Kali Ini Tampil Dengan Tarian Padang Pasir, Wani Syaz Minta Jangan Ada Yang Kecam Lagi

ZULHILMI JALIL
17/11/2020
13:15 MYT
Sekitar dua tahun lalu, bintang Gema Gegar Vaganza, Wani Syaz pernah menerima kecaman gara-gara muzik video lagu Pendusta Cinta yang disifatkan umum sebagai keterlaluan.
Semuanya disebabkan cubaan pemilik nama sebenar Nursyazwani Selamat, 23, itu menari yang disifatkan umum sebagai bertentangan dengan imejnya yang berhijab.
BACA: "Penyanyi Wanita Berhijab Nak Menyanyi Silakan, Tapi Tak Payahlah Menari" - Pendakwah Nasihatkan Wani?
Begitupun, situasi itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus bereksperimen dengan sesuatu yang baharu.
Buktinya, kini pelantun lagu hit Alhamdulillah itu kini muncul dengan sebuah lagi buah tangan baharu buat peminatnya sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya.
Lari daripada genre kebiasaan, Wani kini mencuba nasib mempertaruhkan lagu irama padang pasir dengan sentuhan moden berjudul Habibi.
"Sebagai anak seni saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya saya memang sedikit malu pada awalnya, tetapi bila dah cuba saya rasa selesa dan best pula.
"Jika tak cuba saya tak akan keluar dari zon selesa saya, bimbang nanti peminat akan bosan," katanya.
Ujarnya, naskhah tersebut merupakan lagu gandingannya bersama penyanyi rap Waris.
"Moga-moga lepas tonton muzik video Habibi ini nanti, tiada yang akan kecam saya. Berilah peluang saya keluar dari kotak dan zon selesa.
"Kalau boleh, pada masa akan datang saya nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya saya dapat buktikan dan cabar kemampuan vokal," katanya.
Sebelum ini, muzik video Pendusta Cinta yang menerima kecaman umum mencatatkan lebih 26 juta tontonan di Youtube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Saya Hanya Mampu Selamatkan Kucing..."- Rumah Terjejas Banjir, Wani Syaz Reda Sambut Ramadan Dengan Serba Sederhana

gempak
15/03/2023
09:44 MYT
Wani Syaz Reda Sambut Ramadan Dengan Serba Sederhana
Laman Utama

[VIDEO] Wani Syaz Kongsi Keadaan Kawasan Kedai Dilanda Banjir - “Memang Tak Sangka Naik Macam Ini, Bayangkan Rumah Lain…”

gempak
06/03/2023
06:50 MYT
Semoga dipermudah segala urusan...
Laman Utama

[FOTO] Padang Pasir Arab Saudi Tukar Warna Ungu, Dirimbuni Bunga Lavender

gempak
20/02/2023
05:43 MYT
Subhanallah...
Berita

Wani Syaz Akui Rapat Dengan Haqiem Rusli

gempak
20/05/2020
09:55 MYT
Hiburan

Tunjuk Skil Tebar Murtabak, Wani Syaz Dapat Pujian Netizen - "Boleh Buat Part Time Kat Mamak Ni.."

gempak
03/05/2020
23:52 MYT