gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Shila Amzah Muncul Dengan Single Baharu, ‘Pernah Punya Aku’ - “Ketika Itu Emosi Tak Stabil, Suami Saran Luah Melalui Lagu”
HIBURAN
Erma Fatima ‘Pantang’ Stesen TV Potong Babak Dalam Drama Terbitannya Tanpa Izin - “Kalau Tak Suka, Beritahu…”
BERITA
HTA Cipta Sejarah, Bayi Kembar Siam Berjaya Dipisahkan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Tak Sempat Sahur, Anggota Tentera Ma*t Dipercayai Disuruh Buat 'Commando Rest' & Tekan Tubi

Gempak
Gempak
27/03/2025
04:42 MYT
Sponsor Banner
Tak Sempat Sahur, Anggota Tentera Ma*t Dipercayai Disuruh Buat 'Commando Rest' & Tekan Tubi
Seorang anggota tentera meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan dalaman selepas didera anggota senior di kem di Miri, kelmarin, lapor Harian Metro.
Anggota berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan kejadian itu namun tiada butiran lanjut sama ada anggota senior ditahan untuk siasatan.
Difahamkan, pada 2.15 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.
Namun sebelum bersahur, dua anggota senior mengarahkan mangsa untuk melakukan 'commando rest' (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.
Mangsa yang berpeluh kemudian berdiri namun terus pitam dan kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.
Ketua bilik bujang itu menghantar anggota ke Hospital Miri namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 3.05 pagi.
Topic Berkaitan
#Viral
#Meninggal Dunia
#Tentera
#Ragging
#Sarawak
#Miri
#Commando Rest
#Tekan Tubi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement